HIDANGAN kreatif pelbagai rupa mengandungi gizi seimbang untuk tubuh.
HIDANGAN kreatif pelbagai rupa mengandungi gizi seimbang untuk tubuh.
Oleh Siti Zarinah Sahib


ADAKALA si kecil menunjukkan protes tidak mahu makan bukan kerana makanan disediakan ibu kurang sedap, tetapi mungkin penyediaan dan hiasan yang sama setiap kali membuatkan mereka cepat bosan.

Oleh itu, sudah tiba masanya ibu beralih kepada cara menyediakan hidangan yang lebih kreatif, bervariasi, berwarna-warni namun mengandungi gizi seimbang yang diperlukan tubuh.

Bento, bekal makanan tengah hari berasal dari Jepun menarik perhatian anak disebabkan gaya susunan makanan yang diletakkan dalam bekas bagi menampakkan keceriaannya.

Ia antara ‘barang wajib ada’ di Jepun sejak abad ke-15 dan popularitinya semakin meningkat apabila bento menjadi satu kemestian untuk pelajar kerana mengandungi khasiat yang diperlukan seperti sumber karbohidrat, protein, serat dan vitamin.

Hidangan bekal ini semakin popular di seluruh dunia kerana sajian yang diisi di dalam bekas makanan biasanya disediakan dengan cara yang kreatif dalam pelbagai rupa.

Menurut Nany Adifah Abdullah Kamal, bagi mendapatkan resipi dan penyediaan bento terkini untuk anaknya, dia sering merujuk di Internet untuk penghasilan yang lebih menarik serta gaya berbeza setiap hari.

“Apabila melihat menu dan cara hiasan yang bertukar setiap hari, anak akan teruja dan tidak berasa jemu. Apa yang penting bekalan dibawa habis dimakan dan mereka mendapat khasiatnya,” katanya.

Menurut Nany, setiap hari dia memastikan hidangan anak-anak mengandungi kumpulan makanan yang lengkap - nasi (untuk sumber karbohidrat), ikan atau ayam (protein), sayur-sayuran dan buah-buahan (yang mengandungi serat, vitamin dan mineral).

Lagi pun, katanya, untuk menyediakan hidangan tidak menjadi masalah, cuma cabarannya pada persembahan hidangan.

“Ini kerana saya perlu menghias hidangan, meletakkan sayur-sayuran dan setiap bentuk harus kena dengan karakter kegemaran anak-anak. Untuk itu saya perlu merancang hidangan keesokan hari dan bahan yang perlu disediakan.

“Semua ini penting supaya saya tidak kelam-kabut pada waktu pagi dan bekalan disiapkan mengikut waktunya,” katanya.

Banyak kebaikan diperoleh anak dengan penyediaan bento yang menjadikan mereka lebih berselera makan, tidak memilih dan menikmati makanan berkhasiat. Untuk pembaca WM, Nany menunjukkan cara mudah menyediakan bento nasi bersama ayam goreng dan sos.

CARA-CARA

1. BAHAN utama iaitu nasi,ayam goreng yang dihiris jejari, sayur-sayuran, rumpai laut kering, mayonis, acuan dan telur dadar dipotong halus.

1
1

2.AMBIL nasi yang masih panas dan masukkan dalam acuan berbentuk beruang. Padatkan nasi agar mudah dikeluarkan.

2
2

3.AMBIL rumpai laut kering, kemudian gunakan acuan bagi membentuk telinga dan hidung beruang.

3
3

4.LETAKKAN di atas nasi yang sudah dibentuk tadi.

4
4

5.BANCUH mayonis dengan pewarna hitam dan kacau untuk menghasilkan mata beruang.

5
5

6.AMBIL telur dadar dan potong menjadi hirisan kecil.Masukkannya ke dalam bekas makanan.

6. FOTO: Zunnur Al Shafiq
6. FOTO: Zunnur Al Shafiq

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 November 2019 @ 5:00 AM