BURGER salmon mini beri tenaga untuk kekal aktif sepanjang hari
BURGER salmon mini beri tenaga untuk kekal aktif sepanjang hari
Oleh Siti Zarinah Sahib


DALAM kesibukan melakukan aktiviti harian ada kala kita lupa mengambil sarapan sedangkan hidangan pagi itu sangat penting untuk mendapatkan tenaga secara berterusan.

Akibatnya pada waktu tengah hari ada mengambil nasi secara berlebihan bagi mengisi kekosongan makanan yang sepatutnya dinikmati ketika sarapan.

Bagi yang sering mengabaikan pengambilan sarapan, ada saranan pakar pemakanan supaya menggabungkan sarapan dan makan tengah hari (dipanggil ‘brunch’) secara sihat.

Pilih hidangan yang mampu meningkatkan tenaga dan membuatkan kita kenyang sepanjang hari, namun masih berasaskan makanan kurang minyak, gula dan garam.

Menurut Ketua Jenama Pemasaran Beko Malaysia Michelle Phang, amat penting bagi kita memulakan hari dengan makan secara sihat.

“Kebiasaannya di Malaysia roti canai, nasi lemak bersama teh tarik atau kopi menjadi hidangan pelengkap pagi.

Selain diambil setiap hari menu ini tinggi lemak dan berminyak.

“Saya mencadangkan agar menukar menu pagi kepada makanan sihat yang dapat memberikan tenaga berpanjangan,” katanya ketika berucap dalam acara Bengkel Memasak Sihat Beko anjuran Beko Malaysia.

Malangnya ramai beranggapan makanan sihat tidak sedap dan mengambil masa lama untuk disediakan.

Menurut Phang, ia adalah tanggapan salah kerana dengan kehadiran pelbagai produk kini menjadikan proses memasak lebih mudah dan singkat. Paling penting ia tidak menghilangkan nutrisi makanan menerusi penggunaannya.

Pada acara yang sama, media diberi peluang merasai sendiri

cara menyediakan hidangan ‘brunch’ berkhasiat menggunakan produk jenama itu seperti pengisar vakum, peti sejuk, dapur dan ketuhar.

Antara menu yang perlu disediakan adalah burger salmon mini, yang mengandungi nutrisi lengkap dan memberikan tenaga untuk kekal aktif sepanjang hari.

Salmon mengandungi asid lemak omega 3 dalam bentuk asid eikosapentatonik (EPA) dan asid dokosaheksanoik (DHA). Selain itu, nutrisi lain seperti vitamin B2 (riboflavin) dan B12, vitamin D, kalsium, fosforus dan mineral seperti zat besi, yang membantu peningkatan tenaga serta memberi rasa lebih kenyang.

INFO

Bahan:

- 200 gram salmon

- 1/2 cawan bawang besar

- 1/4 cawan lada benggala

- 1 biji telur

- 1/4 cawan serbuk roti

- 2 sudu besar jus lemon

- 2 sudu minyak zaitun

- Lima tangkai daun bawang

- Roti mini burger

- Mentega untuk sapuan di atas roti

- Garam secukup rasa

LANGKAH 1
LANGKAH 1

Cara-cara

1. BAHAN utama iaitu salmon, roti burger, serbuk roti, perahan lemon, lada benggala, bawang besar dan telur.

LANGKAH 2
LANGKAH 2

2. KISAR salmon sehingga halus kemudian masukkan ke dalam mangkuk. Campurkan dengan lada hitam dan garam.

LANGKAH 3
LANGKAH 3

3. TAMBAHKAN telur dan bawang, kacau sehingga sebati. Masukkan daun bawang.

4. CAMPURKAN serbuk roti mengikut kesesuaian adunan, kacau sehingga boleh membentuk seperti doh.

LANGKAH 4
LANGKAH 4

5. BENTUKKAN adunan menjadi daging burger mini.

LANGKAH 5
LANGKAH 5

6. PANASKAN minyak zaitun, kemudian goreng salmon sehingga masak dan kekuningan.

LANGKAH 6
LANGKAH 6

7. SAPU mentega di atas roti, kemudian letakkan lada benggala di atasnya. Bakar di dalam ketuhar selama 10 minit.

LANGKAH 7
LANGKAH 7

8. ANGKAT apabila sudah masak kemudian bentukkan menjadi burger salmon mini. Sedia untuk dimakan.

SIAP
SIAP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 November 2019 @ 5:00 AM