ENAK dimakan ketika panas.
ENAK dimakan ketika panas.
Siti Zarinah Sahib

Quiche sejenis makanan yang agak asing di Malaysia tetapi popular di Jerman. Di Perancis pula ia menjadi hidangan klasik apabila disediakan sebagai menu sarapan dan minum petang. Malah banyak acara keraian seperti hari jadi dan keramaian menyediakan quiche sebagai hidangan sampingan.

Menurut Nany Adifah Abdullah Kamal, dia gemar mencuba pelbagai resipi baru terutama daripada Barat yang ringkas namun enak dan berkhasiat. Kebiasaannya dia mengambil 100 peratus resipi asal namun ada juga dilakukan sedikit penambahan dan pengurangan untuk keenakan dan aroma yang berbeza.

"Untuk quiche perkara paling utama adalah memastikan kulit pastri kekal rangup dan tidak lembap walaupun selepas dituang inti ke dalamnya. Teknik yang digelar 'blind bake' yang bermaksud, masak dahulu kulit pastri perlu dilakukan," katanya.

Proses memasak menggunakan ketuhar hanya mengambil masa lapan minit dengan suhu setinggi 180 darjah Celsius. Untuk rasa yang sempurna elak menggunakan terlalu banyak telur di dalam inti kastard. Nisbah telur dengan susu segar atau krim putar perlu seimbang untuk mengelakkan inti kastard quiche seperti bergetah atau keras.

"Nisbah yang betul adalah sebiji telur gred A (paling besar) bersamaan satu atau setengah cawan susu segar atau krim putar. Ketika memasak letakkan quiche di bahagian paling bawah di dalam ketuhar untuk mendapatkan kulit yang rangup dan sekata. Elak meletakkannya di bahagian paling atas," ujarnya lagi.

Inti kastard juga memainkan peranan penting. Jangan gunakan terlalu banyak untuk inti kerana ia akan menyebabkan inti tidak dimasak sempurna. Nisbah telur dan susu segar yang tepat akan mempengaruhi rasa dan rupa inti kastard. Boleh juga kalau mahu memasukkan sayur-sayuran seperti bayam dan cendawan, tetapi pastikan ia betul-betul kering.

Boleh juga masak kulit pastri terlebih dahulu dengan mengalas acuan menggunakan kertas minyak. Letakkan sesuatu sebagai pemberat (kacang atau beras) supaya ia masak sekata dan bakar selama lapan hingga 10 minit pada suhu 180 darjah Celsius.

"Jika mengikut teknik memasak dengan betul, quiche yang enak dan rangup dapat dihasilkan. Ia enak dimakan ketika panas kerana intinya lembut dan lembap," katanya yang turut berkongsi pelbagai resipi menerusi blog www.banyfadhly.com.

BAHAN-BAHAN
BAHAN-BAHAN

Bahan kulit quiche

• 200 gram tepung gandum

• ½ sudu kecil garam halus

• 110 gram mentega, dipotong kiub

• 50 mililiter air dari peti sejuk

Bahan inti:

• 3 keping dada ayam, dipotong dadu

• 3 biji telur ayam

• 250 mililiter krim putar

• 3 ulas bawang putih, dicincang

• ½ biji bawang besar Holland, dicincang halus

• Daun saderi, dipotong

• Lada benggala, dipotong dadu

• Sedikit serbuk herba campuran

• Garam dan gula secukup rasa

• Air secukupnya

• Keju cheddar untuk tabur di atas inti

Cara menyediakan

1. UNTUK membuat kulit quiche, satukan semua bahan kecuali air. Gaul ramas bahan ini menggunakan hujung jari sehingga jadi seperti serbuk roti. Tuang air sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Uli hingga menjadi doh. Balut doh dengan plastik dan simpan seketika di dalam peti sejuk.

2. UNTUK membuat inti, panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang Holland sehingga naik bau. Masukkan ayam. Jika terlalu kering campurkan sedikit air. Perisakan dengan garam dan gula. Akhir sekali masukkan daun saderi dan lada benggala. Kacau hingga ayam masak.

3. PECAHKAN telur ke dalam mangkuk dan pukul sekejap. Masukkan krim putar dan pukul hingga sebati.
3. PECAHKAN telur ke dalam mangkuk dan pukul sekejap. Masukkan krim putar dan pukul hingga sebati.

4. MASUKKAN isi ayam ke dalam adunan telur kemudian tambahkan serbuk rempah campuran. Kacau hingga sebati.
4. MASUKKAN isi ayam ke dalam adunan telur kemudian tambahkan serbuk rempah campuran. Kacau hingga sebati.

5. AMBIL doh, lenyekkan dan letakkan dalam acuan. Potong hujung doh (yang terkeluar daripada acuan) untuk mengemaskannya. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celsius menggunakan api atas dan bawah.
5. AMBIL doh, lenyekkan dan letakkan dalam acuan. Potong hujung doh (yang terkeluar daripada acuan) untuk mengemaskannya. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celsius menggunakan api atas dan bawah.

6. MASUKKAN bancuhan inti ke dalam kulit pastri. Taburkan parutan keju Cheddar di atasnya. Bakar quiche pada suhu 200 darjah Celsius dengan api atas bawah selama 45 minit. Jika kulit pastri masih belum masak, tunggu sehingga quiche agak sejuk dan keluarkan dari acuan. Letakkan di atas dulang dan sambung bakar dengan api bawah selama 20 minit.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Februari 2018 @ 2:01 AM