PANGSAPURI servis yang terletak di tengah-tengah Bangsar.
PANGSAPURI servis yang terletak di tengah-tengah Bangsar.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


PEMBANGUNAN rumah bertingkat tinggi, pangsapuri servis Alfa Bangsar di Bangsar, Kuala Lumpur yang sudah 99 peratus dijual diraikan dengan majlis penanaman pokok, upacara simbolik komitmen City Motors Group terhadap kelestarian dan tanggungjawab alam sekitar.

Pengerusinya, Datuk Dr Foo Wan Kien berkata, acara simbolik itu menandakan bukan sahaja kejayaan mereka dalam perjalanan pembangunan berkenaan, tetapi juga ikrar untuk memupuk dan memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang.

"Upacara penanaman pokok ini melambangkan komitmen kami terhadap kemampanan dan kepercayaan kami dalam mencipta pembangunan yang berkembang maju selaras dengan alam semula jadi.

"Ia secara tidak langsung bagi memastikan pembangunan itu menyumbang secara positif kepada ekosistem dan komuniti tempatan," katanya pada majlis berkenaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Terence Chia, pihaknya teruja menantikan projek itu siap sepenuhnya tahun ini, sekali gus mengesahkan komitmen mereka untuk memberikan kualiti hidup tertinggi kepada pelanggan.

"Penambahbaikan projek pembangunan ini adalah lebih daripada satu kejayaan pembinaan, ia merealisasikan visi kami untuk meningkatkan taraf hidup, terutama untuk pelanggan yang dihormati.

"Ini adalah bukti kerana kami mencapai hampir 100 peratus status jualan sebelum siap," katanya.

UPACARA simbolik dengan penanaman pokok.
UPACARA simbolik dengan penanaman pokok.

Dengan nilai pembangunan kasar RM450 juta, projek itu adalah pembangunan berbilang setinggi 42 tingkat dan berketumpatan rendah.

Ia terdiri daripada 178 pangsapuri servis, 25,900 kaki persegi ruang komersial dan sebuah hotel 220 bilik yang diuruskan InterContinental Hotels Group.

Selain itu, ia juga dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk kolam renang, ruang istirahat, dewan majlis, bilik mesyuarat dan gimnasium.

Lebih menarik, lokasi projek itu terletak di tengah-tengah Bangsar yang menawarkan kebolehcapaian terbaik iaitu hanya 700 meter dari stesen transit aliran ringat (LRT) Bangsar dan berdekatan pelbagai hab gaya hidup serta pusat perubatan.

Tambahan pula, ia turut memiliki akses mudah ke jalan raya melalui lebuh raya utama seperti Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dan Kerinchi Link dan Lebuhraya Sprint.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mei 2024 @ 6:31 AM