UNIT kediaman dengan fasiliti yang selesa.
UNIT kediaman dengan fasiliti yang selesa.
Nurul Husna Mahmud


GD Holdings mengumumkan kerjasama dengan kerajaan tempatan dan institusi pendidikan antarabangsa, termasuk Universiti Antarabangsa Manipal, Nilai, Negeri Sembilan.

Kerjasama ini bertujuan menyokong transformasi Nilai menjadi hub pendidikan global dan mempromosikan pembangunan menyeluruh dalam bidang pendidikan, hartanah, dan perdagangan melalui projek utama 'Youth City'.

Disebabkan lokasi strategik yang berhampiran dengan lapangan terbang antarabangsa dan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang, Nilai secara drastiknya menjadi pusat pelaburan antarabangsa.

Didorong arus globalisasi dan pendigitalan, terutama dalam e-dagang rentas sempadan dan logistik, kelebihan ekonomi kawasan ini semakin menonjol.

Nilai bukan sahaja menjadi titik tumpuan bagi beberapa projek utama pembangunan negara seperti Lembah Wawasan Malaysia 2.0 dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), tetapi juga menjadi kawasan ekonomi baharu kerana perancangan Lembah Wawasan Malaysia, menarik pelaburan industri yang besar dan berteknologi tinggi.

Dasar pro-perniagaan kerajaan tempatan berjaya menarik modal dalam dan luar negara.

Kedudukan strategik projek Youth City di titik permulaan pelan Lembah Wawasan dan berhampiran kawasan budaya dan pelancongan yang sedang berkembang, Gembox serta taman perindustrian baharu, dijangka membawa lebih banyak peluang pembangunan dan pertumbuhan ekonomi kepada Nilai.

Naib Pengerusi GD Holdings, Datuk Wong Seng Tong berkata, pihaknya membina perkongsian strategik dengan universiti terkemuka dan mencipta 'rancangan penginapan kampus' yang diintegrasikan dengan lancar dalam persekitaran akademik.

KEDIAMAN dalam bandar sesuai dengan cita rasa golongan muda.
KEDIAMAN dalam bandar sesuai dengan cita rasa golongan muda.

"Rancangan ini tidak hanya menawarkan pandangan baharu kepada pelajar berkenaan kehidupan kampus, tetapi juga membolehkan pelajar universiti menikmati gaya hidup lebih sihat dan berkualiti tinggi melalui perkhidmatan komuniti kehidupan menyeluruh yang ditawarkan Youth City.

"Justeru, Youth City bukan sahaja tempat pembelajaran dan kehidupan yang ideal, tetapi juga projek pembangunan lestari dengan nilai ekonomi serta sosial," katanya.

Menariknya, Youth City bukan sekadar projek pembinaan, tetapi ia adalah komuniti yang dinamik dan inovatif.

Ia menggabungkan aspek kerja, kehidupan, hiburan dan sosia selain mewujudkan gaya hidup baharu untuk generasi muda serta menjadi perwakilan penting pembangunan bandar.

Setiap empat bangunan Youth City pula memiliki lebih daripada 15,000 kaki persegi ruang aktiviti bumbung yang lengkap termasuk kolam renang, kawasan parti, gimnasium dan mini pawagam.

KETIKA pelancaran Youth City.
KETIKA pelancaran Youth City.

Selain itu, bumbung panoramik 360 darjah ini tidak hanya mengilhamkan pemandangan bandar yang menakjubkan, tetapi juga menawarkan tempat ideal bagi penduduk untuk mencari ketenangan dalam kehidupan mereka yang sibuk.

Setiap pemilik rumah layak menikmati kemudahan bumbung ini, menggambarkan konsep 'satu unit, banyak kepuasan'.

Pada masa sama, GD Holdings turut berganding Bahu dengan Gembox untuk melancarkan Projek Staycation Youth City.

Projek kerjasama ini dijangka menjadi destinasi yang dicari golongan muda dengan menjanjikan manfaat ekonomi yang belum pernah ada sebelumnya bagi pemilik harta dan pelabur.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 September 2023 @ 7:00 AM