Putrajaya: Jumlah projek terbengkalai di seluruh negara setakat ini kekal 112 kes yang memerlukan kriteria tertentu dalam Akta 118 (Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan) 1966.
Timbalan Menteri, Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, projek akan dianggap terbengkalai apabila tidak ada kerja di kawasan itu dalam tempoh enam bulan.
Katanya, menteri melalui kuasa menteri perlu mengesahkan status projek itu terbengkalai dan mengambil kira tidak ada lagi kerja di tapak projek dan pihak pemaju tidak lagi berminat untuk menyiapkan projek tersebut.
Akmal berkata KPKT telah mengenal pasti 481 projek sakit dan 112 projek terbengkalai di seluruh negara setakat April lalu.
Katanya, daripada 112 projek terbengkalai itu 105 daripadanyaadalah projek yang bermula sebelum 2015 dan bakinya selepas tahun tersebut.
"Lebih kurang 40 projek terbengkalai itu dalam proses untuk diselamatkan samada berbincang dengan pemaju penyelamat ataupun liqudasi dan sebagainya," katanya selepas menghadiri program Ibadah Korban KPKT bersama warga bomba di Balai Bomba dan Penyelamat (JBPM) Presint 14, di sini, hari hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KPKT, Datuk M Noor Azman Taib dan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin.
"Apabila diisytiharkan terbengkalai barulah kaedah lain boleh diambil kira dimana syarikat asal telah gulung tikar maka proses (pembubaran) akan diadakan kemudiannya ada proses lantikan pemaju penyelamat ataupun mungkin diadakanperbincangan dengan pembeli bagaimana hendakmenyelesaikan projek tersebut," katanya
Dalam program Ibadah Korban KPKT, lapan lembu dikorban untukdiagihkan kepada kakitangan dan warga asnaf.