KEDIAMAN direka khas untuk memenuhi cita rasa keluarga muda.
KEDIAMAN direka khas untuk memenuhi cita rasa keluarga muda.
TAMAN permainan yang lengkap untuk kanak-kanak.
TAMAN permainan yang lengkap untuk kanak-kanak.
Nurul Sabrina Jamali


MYRA berhasrat meringankan beban pemilik rumah Bumiputera kali pertama dalam lingkungan 20-an dan awal 30-an dengan pelancaran baharu Myra Putri selepas kejayaan Myra Putra.

Secara khususnya, Myra berkeinginan untuk merevolusikan definisi rumah mampu milik dengan kawasan persekitaran yang boleh bercucuk tanam.

Persekitaran ini sangat penting ke arah menjadikan pemilikan rumah mudah diakses dan bebas tekanan pengalaman.

Kediaman ini dapat menghapuskan kebimbangan negatif seperti kos harga rumah dan kadar faedah yang meningkat.

Hal ini sering dikaitkan dengan proses pembelian rumah pertama dengan rumah yang mampu milik ini.

Myra Putri juga dilihat memenuhi keperluan individu dan pasangan suami isteri muda yang berkhidmat dalam pelbagai sektor kerajaan Malaysia berpusat di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Menariknya, ia terletak di Pekan Desa Pinggiran Putra bermula dari RM375,000 untuk unit berkeluasan 904 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air.

Kediaman ini turut mempunyai kos efektif yang sangat rendah jika dibandingkan dengan pangsapuri bertingkat berdekatan.

Ia juga terkenal kerana menjadi pembangunan berkepadatan rendah dengan hanya 310 unit dalam keluasan tanah rizab Melayu seluas 3.6 hektar (8.84 ekar).

Pada masa terdapat pelbagai kemudahan disediakan termasuk stesen kecergasan seperti gelanggang futsal, taman trampolin dan gimnasium.

Begitu juga dengan taman permainan yang lengkap kepada anak-anak kecil bagi memastikan mereka terhibur dan aktif selain surau untuk penduduk Muslim.

Kediaman ini juga mudah diakses menerusi Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Maju (MEX), Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang (SILK) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2023 @ 6:40 AM