GAMUDA Land Bay Street mempunyai kemudahan pejalan kaki.
GAMUDA Land Bay Street mempunyai kemudahan pejalan kaki.
MEMPUNYAI kemudahan moden sesuai dengan gaya hidup terkini.
MEMPUNYAI kemudahan moden sesuai dengan gaya hidup terkini.
Hafiz Ithnin


PROJEK kedai komersial, Gamuda Land Bay Street di Gamuda Cove, Selangor meraih pembelian 90 peratus sejurus ia dilancarkan.

Pengurus Besar Gamuda Cove, Brandon Yong berkata, Bay Street mempunyai 47 kedai komersial merangkumi jenis dua dan tiga tingkat dengan saiz bermula 3,300 kaki persegi hingga 7,557 kaki persegi. Harga ditawarkan pula bermula RM2 juta hingga RM3.7 juta.

Jelasnya, syarikatnya yakin dapat menjual keseluruhan unit dalam tempoh enam bulan memandangkan ada permintaan tinggi dari segi unit komersial di kawasan perumahan di sekitarnya.

"Unit kedai komersial ini juga dibangunkan dengan mempunyai jaringan dekat dengan kawasan penduduk yang mendiami sekitarnya. Justeru, ia menjadi tarikan pelabur.

"Terletak hanya kira-kira 10 minit berjalan dari kawasan perumahan Palma Sands, Bay Street juga terletak berhampiran dengan Maya Bay Residence," katanya.

Tambahnya, kedua-dua kawasan perumahan itu mempunyai hampir 1,500 kediaman yang dijadualkan mempunyai pendudukan antara April lalu dan tahun depan.

"Lokasinya juga terletak berhampiran tempat pelancongan yang sudah pun dibangunkan di Gamuda Cove.

"Sebaik sahaja Bay Street siap menjelang 2026, kedai komersial berkenaan mampu menarik lebih 2,600 rumah di Gamuda Cove. Ia adalah berstatus hak milik bukan strata membolehkan pelbagai campuran penyewa," katanya.

Katanya, Gamuda Cove juga mengunjurkan kawasan itu mempunyai 100,000 penduduk dan 20,000 rumah dalam tempoh 15 hingga 20 tahun akan datang.

"Ia bersandarkan unjuran kehadiran dua juta pelancong setahun daripada projek ekopelancongan di kawasan itu.

"Selain itu, Gamuda Cove juga sudah membuka taman tema air, SplashMania Waterpark yang menarik kehadiran lebih 75,000 pengunjung sebulan secara purata," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Mei 2023 @ 6:47 AM