ANTARA bilik tidur dalam pangsapuri kos rendah milik pasangan Zaharulazuan dan Norasyikin.
ANTARA bilik tidur dalam pangsapuri kos rendah milik pasangan Zaharulazuan dan Norasyikin.
RUANG makan yang selesa.
RUANG makan yang selesa.
SENTUHAN peribadi dari segi tatahias ruang.
SENTUHAN peribadi dari segi tatahias ruang.
Hafiz Ithnin


PERCATURAN membeli rumah sudah semestinya menjadi sesuatu yang penting supaya ia mampu memberi kesan positif kepada si pemilik untuk jangka panjang.

Bagi pasangan suami isteri, Zaharulazuan Hani dan Norasyikin Norizan melihat memiliki rumah pertama dalam segmen pangsapuri kos rendah tidak perlu ada rasa malu, tetapi ia adalah strategi untuk memiliki rumah kedua yang lebih luas.

Norasyikin berkata, suaminya membeli rumah pertama itu pada 2012 iaitu dua tahun sebelum mereka mendirikan rumah tangga yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.

"Rumah pertama kami ini tidak begitu luas kerana ia hanya mempunyai dua bilik tidur dan satu bilik air dengan keluasan keseluruhan 650 kaki persegi.

"Ketika itu, suami membelinya pada RM60,000. Pada saya ruang dari segi angka yang dilihat kecil itu sebenarnya tidak menjadi masalah jika kita bijak untuk menyusun atur," katanya.

Tambahnya, antara faktor suaminya membeli rumah pertama itu kerana ia sesuai dengan pendapatan dan tidak mahu menggunakan kuota maksimum pendapatan untuk membuat pembiayaan perumahan.

"Kedua, Petaling Jaya ini adalah lokasi yang begitu dekat dengan pelbagai kemudahan dan akses jalan raya yang begitu mudah untuk bergerak ke pelbagai lokasi.

PANGSAPURI kos rendah menjadi pelaburan pertama yang berbaloi.
PANGSAPURI kos rendah menjadi pelaburan pertama yang berbaloi.

"Malah untuk kami berdua ke tempat kerja juga tidak begitu jauh yang mengambil masa hanya sepuluh ke 15 minit," katanya.

Katanya, pada tahun lalu dia dan suami mengambil keputusan membeli rumah kedua di Klang, Selangor berkeluasan sekitar 1,580 kaki persegi iaitu rumah teres setingkat pada harga sekitar RM400,000.

"Rumah kedua kami dijangka siap pada tahun depan dan ia mempunyai empat bilik dan tiga bilik air. Walaupun terletak di Klang, tetapi jarak ke tempat kerja tidak begitu jauh kerana ia mengambil masa pemanduan kira-kira 20 minit sahaja.

"Bagi saya, walaupun rumah di Petaling Jaya ini lebih dekat, tetapi demi keselesaan selepas mempunyai tiga anak, memandu jauh sedikit ke tempat kerja bukan suatu masalah untuk saya dan suami," katanya.

Katanya, selepas rumah kedua mereka siap dan sedia untuk didiami, dia serta suami bercadang menjadikan aset pertama itu sebagai salah satu platform pelaburan jangka panjang.

MEMANFAATKAN ruang sebaik mungkin.
MEMANFAATKAN ruang sebaik mungkin.

Menurut Norasyikin, kedudukan rumah pertama itu yang strategik mampu menarik perhatian pelbagai pihak untuk menyewanya dan kadar sewaan di lokasi berkenaan juga sentiasa meningkat.

"Buat masa ini, kami tidak bercadang menjualnya kerana melihat rumah itu mempunyai potensi sebagai pelaburan. Malah, seperti yang diketahui umum, rumah di kawasan yang lebih hampir dengan ibu negara biasanya mempunyai kadar harga yang tinggi sama ada jualan atau untuk disewakan," katanya.

Tambahnya, rumah pertama itu sentiasa mendapat sentuhan peribadi mereka dari segi tatahias ruang kerana ia adalah strategi untuk menjadikan aset itu mampu mendapat permintaan di pasaran.

"Seperti kita tahu, pada hari ini ada banyak produk hartanah yang ditawarkan untuk sewaan dan ia pasti menjadi persaingan kepada pemilik rumah.

RUANG tamu yang kecil kelihatan luas selepas mendapat sentuhan kreatif.
RUANG tamu yang kecil kelihatan luas selepas mendapat sentuhan kreatif.

"Jadi, pada saya apabila kita mempunyai rumah yang menarik walaupun hanya pangsapuri kos rendah, ia boleh ditawarkan dengan harga sewaan yang menarik kerana sudah diubah suai atau tampil dengan idea dekorasi unik.

"Malah, ia juga memudahkan ejen hartanah untuk memasarkan rumah kita kepada bakal penyewa," katanya.

WALAUPUN bersaiz kecil, tetapi ia tampak kemas dan sesuai untuk disewakan untuk keluarga kecil.
WALAUPUN bersaiz kecil, tetapi ia tampak kemas dan sesuai untuk disewakan untuk keluarga kecil.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Ogos 2022 @ 6:30 AM