PENJUAL atau pemilik hartanah perlu jelas dengan kaedah pembayaran CKHT.
PENJUAL atau pemilik hartanah perlu jelas dengan kaedah pembayaran CKHT.
Nurul Husna Mahmud


Menjual aset hartanah mendatangkan keuntungan kepada pembeli terutama apabila nilai pasaran melonjak selain memiliki fasiliti ditambah baik kepada unit hartanah berkenaan.

Dalam keterujaan itu satu aspek perlu diteliti pemilik rumah terbabit dalam jualan hartanah mereka ialah Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dikenakan kepada penjual atau pemilik hartanah berkenaan.

CKHT yang diperkenalkan di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 perlu dilunaskan bagi hartanah dilupuskan. Ia memiliki kadar peratusan yang berbeza mengikut tempoh perolehan hartanah iaitu merujuk kepada tahun individu itu menandatangani surat perjanjian jual beli kediaman terbabit.

Ketika ini CKHT boleh dikenakan pada tiga kategori penjual kediaman iaitu pemilik perseorangan warganegara atau memiliki kerakyatan tetap, individu bukan warganegara dan juga syarikat.

Mengikut kadar terkini iaitu diperbaharui pada tahun 2019, CKHT untuk tiga tahun pelupusan boleh mencapai 30 peratus daripada kadar keuntungan dan untuk tempoh enam tahun ke atas pula ialah 10 peratus dan lima peratus mengikut kategori atau bahagian masing-masing.

CKHT juga perlu dilunaskan dalam tempoh 60 hari dari tempoh jualan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengikut perkiraan mekanisme tertentu.

PENGECUALIAN CKHT hanya berlaku sekali seumur hidup.
PENGECUALIAN CKHT hanya berlaku sekali seumur hidup.

Terdapat tiga langkah dalam mengetahui jumlah CKHT perlu dilunaskan penjual atau pemilik hartanah asal:

i. Dapatkan nilai keuntungan hartanah terdahulu

Harga jual - harga beli - kos lain = keuntungan boleh dikenakan cukai.

ii. Dapatkan kadar keuntungan cukai bersih

Keuntungan boleh dikenakan cukai - pengecualian (RM10,000 atau 10 peratus dari keuntungan cukai mana-mana lebih tinggi)= kadar keuntungan bersih.

iii. Nilaikan cukai perlu dibayar

Keuntungan cukai bersih x kadar CKHT = jumlah atau nilai cukai perlu dibayar.

Namun dalam keadaan tertentu CKHT boleh dikecualikan iaitu apabila:

1. Jualan hartanah itu berlaku membabitkan ahli keluarga seperti suami dan isteri, ibu bapa dan anak-anak, datuk nenek dan cucu.

2. Rumah kos rendah, sederhana dan mampu milik bawah RM200 ribu.

3. Nilai itu hanya 10 peratus daripada nilai keuntungan atau RM10,000 bagi setiap traksaksi jualan berlaku.

4. Hanya berlaku sekali sahaja pengecualian CKHT dalam seumur hidup.

CKHT tidak tertakluk kepada nilai hartanah kos rendah atau bawah RM200 ribu.
CKHT tidak tertakluk kepada nilai hartanah kos rendah atau bawah RM200 ribu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mei 2022 @ 6:11 AM