74 peratus rumah tidak dilindungi untuk kerosakan akibat banjir.
74 peratus rumah tidak dilindungi untuk kerosakan akibat banjir.
KIRA-kira 4.8 juta penduduk tinggal di kawasan berisiko banjir di seluruh negara.
KIRA-kira 4.8 juta penduduk tinggal di kawasan berisiko banjir di seluruh negara.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


MESKIPUN Malaysia mengalami musim tengkujuh setiap tahun namun apa yang mengejutkan, dua pertiga atau 74 peratus daripada pemilik rumah di negara ini tidak mempunyai perlindungan terhadap kerosakan akibat banjir.

Ia sememangnya mengejutkan dan dapatan itu diperoleh daripada hasil kaji selidik Impak Pandemik Terhadap Perlindungan Zurich Malaysia, baru-baru ini.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), dianggarkan 4.8 juta orang tinggal di kawasan berisiko banjir di seluruh negara.

Manakala ketika monsun timur laut pada tahun 2020 hingga tahun 2021, banjir yang berlaku menyebabkan seramai 42,947 mangsa kehilangan tempat tinggal serta menjejaskan 11,973 keluarga.

Selain itu, kaji selidik berkenaan juga mendapati bahawa 59 peratus pemilik rumah tidak dilindungi untuk kerosakan akibat kebakaran.

Hasil kajian itu jelas membimbangkan kerana berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), mereka menerima 38,865 panggilan meliputi kes kebakaran pada tahun 2020 iaitu purata satu panggilan bagi setiap 14 minit.

Kerugian yang dianggarkan adalah berjumlah RM2.25 billion, bagaimanapun jauh lebih rendah berbanding pada tahun 2019 iaitu RM3.61 billion.

SEBANYAK 59 peratus rumah tidak dilindungi untuk kerosakan akibat kebakaran.
SEBANYAK 59 peratus rumah tidak dilindungi untuk kerosakan akibat kebakaran.

Sebahagian daripada jumlah itu, sebanyak 4,599 kes adalah kebakaran yang membabitkan bangunan dan kandungannya.

Manakala 1,239 kes lagi berpunca daripada kerosakan elektrik,342 disebabkan gas atau kerosin.

Punca kebakaran lain adalah akibat puntung rokok, ubat nyamuk, lilin dan batang colok.

Zurich Malaysia dalam satu kenyataan berkata, sebagai negara yang menempatkan hampir 5.8 juta hartanah kediaman, hasil kaji selidik itu semakin membimbangkan.

Ia selepas mendapati secara keseluruhannya hanya satu daripada dua rumah dilindungi oleh insurans atau takaful rumah untuk potensi kerosakan.

DIANGGARKAN sebanyak 50 peratus rumah di negara ini tidak dilindungi insurans atau takaful.
DIANGGARKAN sebanyak 50 peratus rumah di negara ini tidak dilindungi insurans atau takaful.

"Tambahan pula, 43 peratus pemilik rumah tidak menyedari bahawa isi kandungan rumah tidak semestinya dilindungi bawah insurans atau takaful rumah.

"Isi kandungan rumah itu termasuk perabot seperti meja dan kerusi, peralatan, komputer dan peranti mudah alih," katanya

Dalam pada itu, kaji selidik terbabit turut mendapati satu daripada tiga pemilik rumah (33 peratus) yang diinsuranskan tidak mempunyai perlindungan kandungan rumah.

Bagi yang mempunyai perlindungan, 13 peratus membeli pelan berasingan khusus untuk melindungi kandungan rumah mereka.

Angka itu mungkin lebih tinggi kerana 25 peratus pemilik rumah yang diinsuranskan tidak pasti mengenai perlindungan insurans atau takaful rumah yang sedia ada.

MALAYSIA mengalami musim tengkujuh setiap tahun.
MALAYSIA mengalami musim tengkujuh setiap tahun.

Sementara itu, Ketua Zurich Malaysia, Junior Cho berkata, masyarakat biasa mendengar pepatah 'Rumahku syurgaku' dan ia seharusnya menjadi ruang yang selamat bagi diri dan orang yang kita sayangi untuk tinggal, belajar dan bermain.

"Jadi, perlu ada usaha dan komunikasi yang menyeluruh untuk memaklumkan pemilik rumah sedia ada dan bakal pemilik mengenai jenis insurans atau takaful yang sesuai untuk melindungi aset dan pada masa sama, mengekalkan cara hidup mereka.

"Pastinya kita berasa lebih tenang dan yakin apabila mengetahui bahawa rumah yang diduduki adalah dilindungi dan itu semua akan membantu memenuhi potensi hidup," katanya.

Seramai1,201 responden di seluruh negara mengambil bahagian dalam kaji selidik yang dijalankan pada September lalu.

Ia adalah inisiatif syarikat terbabit untuk memahami pengguna tempatan dan keperluan mereka dalam menyediakan bentuk pelan perlindungan inovatif serta membina masa depan yang lebih cerah bersama-sama.

KEHIDUPAN lebih tenang dan selamat jika kediaman dilindungi insurans atau takaful.
KEHIDUPAN lebih tenang dan selamat jika kediaman dilindungi insurans atau takaful.

Ringkasan Kaji Selidik:

- 50 peratus rumah tidak dilindungi insurans atau takaful.

- 59 peratus rumah tidak dilindungi untuk kerosakan akibat kebakaran.

- 74 peratus rumah tidak dilindungi untuk kerosakan akibat banjir.

- 43 peratus pemilik rumah tidak menyedari bahawa kandungan rumah tidak semestinya dilindungi bawah insurans atau takaful rumah.

- Daripada pemilik rumah yang diinsuranskan, 33 peratus tidak dilindungi untuk kehilangan kandungan rumah dan 25 peratus tidak mengetahui perlindungan insurans atau takaful rumah yang sedia ada.

RINGKASAN kaji selidik.
RINGKASAN kaji selidik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 January 2022 @ 6:20 AM