PEMBELI perlu membuat tinjauan rumah yang sepadan dengan kemampuan selain menitikberat pada gaya hidup semata-mata.
PEMBELI perlu membuat tinjauan rumah yang sepadan dengan kemampuan selain menitikberat pada gaya hidup semata-mata.
Nurul Husna Mahmud


DALAM memastikan produk hartanah ditawarkan kekal relevan dan sesuai dengan trendgaya hidup pembeli, pemaju mewujudkan kelompok perumahan mewah dengan infra sertaciri - ciri unik.

Alasan utama pemaju mewujudkan rangkaian unit hartanah sedemikian kerana terdapat permintaan daripada kelompok yang mampu dan memiliki kuasa beli.

Tidak hairanlah segmen produk hartanah berasaskan gaya hidup masih relevan ditawarkan pemaju terutama kepada pemilik kediaman di bandar utama.

Kepelbagaian fasiliti diwujudkan pemaju dalam usahamenepati ciri-ciri hartanah berkonsepkan gaya hidup supaya kekal relevan dengan permintaan kumpulan pembeli hartanah semasa.

Antara konsep gaya hidup dalam segmen produk itu adalah hartanah gaya hidup aktif, gaya hidup privasi dan gaya hidup berorientasikan kesempurnaan.

RUANG parkir selesa dan selamat antara elemen yang diberi perhatian pemaju.
RUANG parkir selesa dan selamat antara elemen yang diberi perhatian pemaju.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Sr Dr Azizah Ismail, fokus pemaju dalam menawarkan segmen hartanah gaya hidup itu akan memberi kesan terutama dalam keseimbangan antara penawaran dan permintaan sehingga boleh mendatangkan kesan lambakan rumah tidak terjual.

"Trend penawaran perumahan oleh pemaju lebih menjurus kepada perumahan mewah, berkos tinggi dengan memberi servis tambahan dan mempunyai strategi jualan yang unik dalam mempromosikan kelestarian gaya hidup dalam perumahan.

"Pemaju kini berani mengeluarkan pelaburan yang besar untuk meningkatkan kualiti landskap dan infrastruktur selaras dengan kemodenan hidup.

"Pasaran hartanah yang melalui evolusi bersandarkan perubahan gaya hidup, kemajuan teknologi, pertumbuhan sosio-ekonomi, peningkatan taraf pendidikan dan pendapatan isi rumah turut merubah idea dalam penawaran rumah bukan hanya sebagai keperluan untuk diduduki semata-mata.

"Sebaliknya signifikan untuk memiliki rumah mempunyai kepentingan daripada segi nilai personaliti, sosial, ekonomi dan persekitaran individu. Permintaan pembeli juga berubah iaitu penawaran ciri-ciri tambah unik seperti perumahan berpagar, mementingkan kelestarian landskap dan kemudahan fasiliti," katanya.

Perubahan landskap latar belakang pembeli mengenai idea kediaman idaman, menjadikan pemaju lebih berminat untuk tampilkan produk hartanah gaya hidup dengan spesifikasi moden dan mewah sekali gus menyumbang kepada harga hartanah melambung.

TEKNOLOGI tinggi antara faktor penarik ditawarkan oleh pemaju dalam segmen hartanah gaya hidup .
TEKNOLOGI tinggi antara faktor penarik ditawarkan oleh pemaju dalam segmen hartanah gaya hidup .

"Implikasi itu mengakibatkan berlaku lebihan dalam penawaran apabila permintaan pasaran bagi segmen hartanah mewah menyusut.

"Senario itu dapat dilihat menerusi data dikeluarkanPusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC)yang beroperasi di bawah Perkhidmatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan Jabatan (JPPH) pada tahun lalu menunjukkan segmen hartanah mewah tidak terjual.

"Antaranya Johor Bharu yang mempunyai jumlah pangsapuri perkhidmatan yang tidak terjual tertinggi iaitu sebanyak 32 peratus, disusuli Selangor29 peratus, Kuala Lumpur27 peratus, Negeri Sembilan limaperatus dan negeri lain tujuhperatus pada suku pertama tahun 2020.

"Peningkatan itu dipengaruhi keadaan ekonomi tidak stabil, sentimen pasaran lemah dan strategi perancangan pemaju yang kurang memberangsangkan," katanya.

Justeru penekanan hartanah yang mampu meningkatkan kualiti hidup isi rumah iaitu aspek rumah yang mencakupi keselesaan luar dan dalamdengan kadar mampu milik adalah segmen pasaran atau produk hartanah lebih realistik ditawarkan pemaju bagi projek perumahan tahun akan datang (2022).

Sementara itu Pensyarah Fakulti Alam Bina Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Wilson Rangga Anthony Jiram berkata, perlu ada kajian pasaran bagi mengenal pasti segmen hartanah sesuai dengan kehendak pembeli dan golongan sasar.

"Untuk mendapat penawaran dan permintaan seimbang, pemaju perlu memahami kehendak pembeli. Senario lambakan rumah bukan hanya dipengaruhi lonjakan harga hartanah, strategi pasaran yang tidak 'menjadi' membabitkan golongan sasaran juga antara penyumbang faktor itu.

"Tiada mekanisme yang lebih sesuai selain melakukan kajian pasaran dalam mengenal pasti segmen berpotensi atau golongan sasar. Kehendak pembeli juga dapat difahami dan rumah dipasarkan pemaju dapat terjual.

"Pembeli pula perlu mengukur tahap kemampuan isi rumah bagimemastikan tidak membelanjakan lebih dari 30 hingga 40 peratus gaji kasar untuk kos rumah termasuk cukai dan insuran.

"Pemiliktidak akan terjerat dengan beban hutang lantastimbul situasimemiliki rumah menjadi satu 'tekanan' sehingga menjejaskan kesejahteraan hidup mereka," katanya.

Istilah kediaman memenuhi kemampuan pada pembelikata pakar itu, ia dilihat pada tiga aspek iaitu kemampuan membeli, kemampuan membayar balik dan kemampuan pendapatan.

"Sekiranya tiga perkara ini dipenuhi, pembeli boleh membuat pilihan rumah diimpikan mengikut gaya hidup dan cita rasa mereka.

"Konsep rumah selesa juga berbeza iaitu saiz bersesuaian, standing dengan harga, persekitaran yang strategik dan bebas dari masalah sosial. Itu juga berbeza mengikut penilaian individu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Disember 2021 @ 7:00 AM