PROJEK pembangunan kediaman yang memenuhi permintaan pasaran pasca pandemik.
PROJEK pembangunan kediaman yang memenuhi permintaan pasaran pasca pandemik.
Nurul Husna Mahmud


GAMUDA Land kekal relevan dengan permintaan pasaran hartanah tempatan terutama dalam prospek kediaman menerusi Enso Woods iaitu projek pembangunan kediaman dalam perbandaran baharu, Gamuda Cove.

Ia antara projek ikonik membabitkan wilayah Lembah Klang Selatan apabila menjadi bandar baharu terletak di lokasi strategik iaitu berada di pintu masuk sebelah selatan tanah air dan tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Ketua Pegawai Operasi Gamuda Land Aw Sei Cheh, projek pembinaan kawasan kediaman Enso Woods menampilkan rekaan rumah teres dengan penekanan infra kehijauan sebagai memenuhi keperluan pasca pandemik.

"Enso Woods dilancarkan awal tahun ini, fasa pertamanya terdiri daripada 203 kediaman dua dan tiga tingkat binaan dengan keluasan bermula 159.1 meter persegi berinspirasi minimalis Jepun iaitu konsep 'Danshari.'

"Permintaan semakin meningkat dalam kalangan bakal pemilik rumah di negara ini selain mencari kediaman yang dapat menghubungkan mereka dengan persekitaran alam semula jadi.

"Berdasarkan keperluan itu, kawasan rumah terbabit dilengkapi teres hijau peribadi dan taman seluas 139.4 meter persegi, bersama-sama dengan 13.9 meter persegi teres hijau di atas bumbung untuk rumah terpilih," katanya.

TERES hijau elemen utama diilhamkan konsep minimalis 'Danshari.'
TERES hijau elemen utama diilhamkan konsep minimalis 'Danshari.'

Tambah Aw, Enso Woods meneruskan momentumnya dengan pelancaran 251 rumah teres taman menampilkan binaan daripada 213 meter persegi hingga 278.9 meter persegi.

Kedua-dua fasa memanfaatkan reka bentuk masa hadapan yang menekankan kehidupan pasca pandemik, dibangunkan badan pereka Perancangan untuk Masa Depan Gamuda Land.

Enso Woods dengan ciri-ciri seperti ruang optimum yang menggalakkan pengudaraan dan pencahayaan semula jadi, di samping mengurangkan kos tenaga, memiliki infrastruktur 5G berkelajuan tinggi dan sudut gaya hidup yang fleksibel sesuai untuk pelbagai jenis kehidupan, aktiviti kerja dan bermain.

Di samping itu, kawasan kediaman ini juga memenuhi keperluan norma baharu iaitu bekerja dari rumah dengan Community Pavilion, hab konsep terbuka yang dilengkapi dengan suite kemudahan bekerja.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Disember 2021 @ 6:35 AM