ISU projek perumahan terbengkalai dijangka akan dapat diselesaikan apabila pindaan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 dibentangkan di Dewan Rakyat pada suku ketiga tahun depan.
ISU projek perumahan terbengkalai dijangka akan dapat diselesaikan apabila pindaan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 dibentangkan di Dewan Rakyat pada suku ketiga tahun depan.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

[email protected].

ISU projek perumahan terbengkalai dijangka dapat diselesaikan apabila pindaan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 dibentangkan di Dewan Rakyat pada suku ketiga tahun depan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pindaan akta itu bagi memastikan isu projek perumahan terbengkalai dapat dielakkan pada masa hadapan.

Proses meminda akta itu selaras hala tuju pemajuan perumahan kepada kaedah penjualan berkonsepkan Bina Kemudian Jual (BKJ).

Beliau berkata, antara pindaan dicadangkan adalah jadual pembayaran perjanjian jual beli Jadual G dan H akan lebih mirip kepada BKJ.

Katanya, bayaran peringkat awal merangkumi 40 peratus dan baki bayaran semasa pemakluman selepas pembeli menerima notis daripada pemaju bagi penyerahan pemilikan kosong dengan disokong perakuan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

"Elemen tuntutan bayaran daripada pembeli oleh pemaju adalah tolak lima peratus, contohnya, jika tuntutan adalah 40 peratus maka pembeli hanya membayar 35 peratus.

"Semua wang pegangan ini akan dilepaskan kepada pemaju selepas projek mendapat CCC.

"Ini bagi mengelak tuntutan melebihi atau tidak sepadan dengan kerja diperakukan," katanya pada sesi lisan di Dewan Rakyat, baru - baru ini.

Sebelum ini, ada pihak yang bertanya mengenai hasrat kerajaan mengamalkan konsep BKJ 10:90 kerana masalah projek perumahan terbengkalai masih tidak diselesaikan.

Kaedah BKJ 10:90 adalah pemaju akan mengenakan 10 peratus wang pendahuluan daripada harga jualan kepada pembeli manakala baki 90 peratus dikenak

an selepas rumah itu siap dengan CCC serta penyerahan pemilikan kosong.

Jelas Reezal, menerusi pindaan akta itu, kerajaan berpandangan pelaksanaan BKJ boleh dilaksanakan secara komprehensif dalam industri hartanah selepas tahun 2023.

HANYA ada empat pemaju yang mampu melaksanakan kaedah ‘bina dahulu, jual kemudian” kerana kedudukan kewangan syarikat yang kukuh.
HANYA ada empat pemaju yang mampu melaksanakan kaedah ‘bina dahulu, jual kemudian” kerana kedudukan kewangan syarikat yang kukuh.

Oktober lalu, Reezal mendedahkan bahawa sebanyak 79 projek perumahan swasta dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM5.57 bilion disahkan terbengkalai di Semenanjung.

Semua projek terbengkalai di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) itu merangkumi 17,724 unit rumah membabitkan 11,824 pembeli.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 38 projek meliputi 11,511 unit rumah membabitkan 6,319 pembeli, sedang dalam peringkat perancangan bagi mengenal pasti kaedah dan mekanisme untuk memulihkannya melalui penyelesaian yang dipersetujui bersama antara pemaju penyelamat serta pembeli.

"Selain itu, sebanyak 26 projek meliputi 3,383 rumah yang membabitkan 2,806 pembeli dalam peringkat statik, yang mana sedang dalam penyelesaian isu perundangan.

"Manakala 15 projek lagi, meliputi 2,830 rumah yang membabitkan 2,699 pembeli dalam peringkat sedang dipulihkan," katanya.

Tambah beliau, berdasarkan statistik, jumlah projek perumahan swasta terbengkalai tertinggi direkodkan di Selangor iaitu 33 projek membabitkan 10,974 unit rumah, diikuti Kelantan dengan 12 projek (946 unit rumah) dan Johor dengan sembilan projek (2,785 unit rumah).

Beliau memaklumkan, sejak 2009 hingga September lalu, KPKT berjaya menyelesaikan 215 kes projek perumahan swasta terbengkalai merangkumi 59,090 unit rumah dengan membabitkan seramai 39,247 pembeli.

Katanya, antara kaedah pemulihan dan penyelesaian projek yang diambil KPKT bagi membantu meringankan beban pembeli adalah dengan kaedah mediasi dan pemulihan melalui penyelesaian dengan pembeli iaitu kaedah menjual semula unit rumah kepada pihak pelikuidasi.

Mengenai punca 79 projek perumahan itu gagal disiapkan pula, Reezal berkata, antaranya ia disebabkan oleh tahap kewangan syarikat yang lemah, tidak memenuhi syarat pembangunan ditetapkan Pihak Berkuasa Negeri, kelemahan pengurusan projek oleh syarikat dan pemaju asal tidak dapat dikesan.

SEBANYAK 79 projek perumahan swasta dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM5.57 bilion disahkan terbengkalai di Semenanjung.
SEBANYAK 79 projek perumahan swasta dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM5.57 bilion disahkan terbengkalai di Semenanjung.

Selain itu, ada juga yang disebabkan oleh bantahan pemajuan perumahan oleh penduduk sekitar, masalah setinggan yang menyebabkan pemajuan tidak dapat diteruskan, masalah kontraktor yang dilantik pemaju tidak cekap dan projek tidak berdaya maju.

Reezal berkata, setakat ini, hanya ada empat pemaju yang mampu melaksanakan kaedah 'bina dahulu, jual kemudian" kerana kedudukan kewangan syarikat yang kukuh.

Namun katanya, beliau akan mencari beberapa lagi pemaju yang boleh memberi komitmen untuk melaksanakan kaedah itu, selain meneliti aspek penambahbaikan serta pindaan dalam Akta 118 bagi memberi jaminan yang lebih tinggi kepada pembeli.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 November 2021 @ 7:00 AM