Gardens Square bakal memanfaatkan lokasi Lembah Klang Utara yang strategik dan memastikan komponen yang tepat serta tersedia bagi menampung demografi pelabur, perdagangan dan perumahan yang semakin meluas.
Gardens Square bakal memanfaatkan lokasi Lembah Klang Utara yang strategik dan memastikan komponen yang tepat serta tersedia bagi menampung demografi pelabur, perdagangan dan perumahan yang semakin meluas.
Noraniza Azmi

KORIDOR kemajuan di utara Lembah Klang muncul sebagai kawasan tumpuan pembangunan pada masa kini dan fokus populasi bandar semakin beralih kepada pelbagai rangkaian infrastruktur yang sedia ada di kawasan berkenaan.

Dibina berdasarkan demografinya yang semakin meluas, Gamuda Gardens menawarkan gaya hidup damai dan dikelilingi alam semulajadi tanpa mengabaikan rangkaian hubungan ke nadi pusat bandar.

Selaras dengan pendekatannya sebagai pemaju berpandangan jauh, Gamuda Land mengorak selangkah ke hadapan memenuhi keperluan trend masa depan pada hari ini dengan pelancaran Gardens Square di Gamuda Gardens.

Sebuah pusat komersial berkeluasan 6.7 ekar yang menyediakan keperluan harian dan asas bagi kawasan lingkungan Lembah Klang Utara, reka bentuk lestari Gardens Square disemarakkan  oleh prinsip Gamuda Land yang mementingkan perincian membangunkan sesebuah bandar.

Malah, lokasinya berdekatan dengan faktor tarikan sedia ada dan akan datang, seperti Gamuda Gardens City Center (GGCC), inisiatif penempatan Xploria dan institusi pendidikan.

Penolong Pengurus Besar Gamuda Gardens Wong Siew Lee berkata, dalam menyusun perancangan sesebuah bandar seperti Gardens Square, Gamuda Land tidak hanya mempertimbangkan potensi komersial, tetapi juga keperluan generasi akan datang.

"Kelestarian adalah teras pendekatan kami, seperti yang dapat dilihat dalam prinsip pembangunan kami yang utama dan juga dalam Pelan Hijau Gamuda 2025," katanya.

Gardens Square merangkumi 133 kedai dua dan tiga tingkat serta lot pejabat dengan ruang terbuka yang luas. 

Lorong 'al fresco' The Street dan The Alley bakal menjadi perangsang rangkaian sekitar, sementara sebuah plaza sentral yang berhadapan dengan taman utama bakal menawarkan platform untuk aktiviti kemasyarakatan.

Pusat Gardens Square direka dengan mempertimbangkan kelestarian, dengan lorong bebas kereta yang mengutamakan penggunaan laluan pejalan kaki dan basikal. 

Kehijauan pohon merangkai yang memenuhi The Street dan The Alley serta kawasan umum, menjadi kawasan teduhan daripada sinaran matahari dan hujan serta menyejukkan suhu persekitaran melalui reka bentuk landskap terperinci.

Sementara itu, panel solar fotovoltaik bersepadu yang menyalurkan tenaga boleh diperbaharui dan kawasan pengecas kenderaan elektrik (EV) di zon tempat letak kereta bawah tanah bakal memupuk penggunaan pengangkutan lebih mesra alam.

Nadi komersial Lembah Klang Utara 

Image

Selain pentingnya kelestarian alam sekitar, Gamuda Land juga menitikberatkan pertumbuhan bandar mandiri dengan kepesatan komersial. 

Gardens Square bakal memanfaatkan lokasi Lembah Klang Utara yang strategik dan memastikan komponen yang tepat serta tersedia bagi menampung demografi pelabur, perdagangan dan perumahan yang semakin meluas.

Sebagai contoh, Gamuda Gardens City Center berkeluasan 68 ekar dan merangkumi kemudahan seperti pusat beli-belah, menara pejabat, hospital, komponen perkhidmatan hospitaliti serta sekolah antarabangsa. Selain itu, taman tema aktiviti Skyline Luge juga bakal dibuka di sini.

"Kawasan ini menampilkan populasi seramai 340,000 orang penduduk dalam jarak 15 minit perjalanan. Keutamaan perbelanjaan isi rumah di sini termasuklah bekalan runcit serta keperluan asas dan makanan, dan kepelbagaian penyewa di Gardens Square adalah khusus untuk memenuhi permintaan segmen berbeza ini," kata Wong.

Tiga penyewa utama bakal menjadi sebahagian daripada Gardens Square, termasuk satu nama besar peruncitan yang menguasai keluasan lebih 20,000 kaki persegi.

Selain itu, sebuah francais makanan segera pandu lalu dua tingkat akan membantu untuk memacu peningkatan kedatangan pembeli walaupun dalam situasi perintah kawalan.

Gabungan penyewa yang disasarkan ini akan memastikan kelestarian Gardens Square, dengan mengambil kira kajian oleh firma penyelidikan pasaran Stratos Consulting Group yang mengenal pasti perniagaan pasar raya serta operator berkonsepkan 'take away' sebagai pemangkin sektor peruncitan norma baharu.

Selain itu, inisiatif penempatan Xploria bandar Gamuda Gardens akan lebih mewarnai kehidupan komunitinya dengan tarikan menarik seperti taman tema air Big Bucket Splash, bot donat di Central Park dan aktiviti berkuda oleh 3Q Equestrian.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Oktober 2021 @ 12:18 PM