KEPUTUSAN kerajaan benar sektor pembinaan beroperasi sepenuhnya bermula serta merta disambut baik.
KEPUTUSAN kerajaan benar sektor pembinaan beroperasi sepenuhnya bermula serta merta disambut baik.
AZMAN
AZMAN
INDUSTRI pembinaan antara pemangkin kepada sektor ekonomi negara.
INDUSTRI pembinaan antara pemangkin kepada sektor ekonomi negara.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


KEPUTUSAN kerajaan membenarkan sektor pemajuan perumahan beroperasi di bawah Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa serta merta jelas memberi khabar gembira buat pemaju serta kontraktor di negara ini.

Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), Datuk Azman Yusoff berkata, pihak industri binaan di negara ini bersyukur dan menyambut baik keputusan kerajaan untuk membenarkan sektor pembinaan beroperasi sepenuhnya bermula serta merta.

Kata Azman, pihaknya yakin keputusan kabinet itu dibuat selepas mengambil kira tidak sampai 40 peratus daripada bajet pembangunan yang diperuntukkan sudah digunakan pada tahun ini berikutan sektor pembinaan yang tidak dapat beroperasi ketika ini.

"Ia turut membabitkan projek pembinaan infrastruktur seperti jalan raya, kerja membaik pulih dan kerja-kerja penyelenggaraan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat.

"Di pihak PKBM, kami bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri dan sudah tentu kebenaran itu perlu seiring dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat serta keseluruhan tenaga kerja sudah divaksin, baik bagi sektor awam mahupun swasta.

"Sektor pembinaan sememangnya menjadi pemangkin di dalam sektor ekonomi dengan kadar 'multiplayer effect' yang sangat tinggi," katanya.

Menurut Azman lagi, penularan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut memberi kesan terhadap kontraktor sama ada dari G1 hinggalah ke G7 dan ramai yang merasai keperitannya.

SEKTOR Pemajuan Perumahan dibenar beroperasi di bawah Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa serta merta.
SEKTOR Pemajuan Perumahan dibenar beroperasi di bawah Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa serta merta.

Begitupun, pihaknya gembira kerana pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mahupun Kementerian Kerja Raya (KKR) banyak memberi bantuan terutama inisiatif Program Vaksinasi Industri Pembinaan (CIVac).

"Program CIVac memperuntukkan sebanyak 100,000 dos vaksin tambahan bagi petugas industri binaan bermula Ogos Ini.

"Apapun, kami mengharapkan supaya semua sektor ekonomi di negara ini dapat beroperasi semula tanpa berkompromi mengenai SOP yang ketat di dalam norma baharu," katanya.

Sementara itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kenyataannya berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal Pengurusan Pandemik pada 23 Julai lalu.

Kebenaran beroperasi itu adalah terpakai kepada pemaju perumahan yang masih aktif dan sah Lesen Pemajuan Perumahan dan Permit Iklan dan Jualan (APDL) mengikut Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118).

Pada Fasa 1, aktiviti yang dibenarkan beroperasi adalah pejabat pengurusan pemaju perumahan, urusan serahan notis milikan kosong ('vacant possession') dan kunci rumah, kerja-kerja baik pulih kerosakan kritikal dalam tempoh liabiliti kecacatan ('defect liability period') dan kerja-kerja pembinaan untuk Rumah Mesra Rakyat (RMR) bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi kontraktor G1 hingga G4.

CIVAC memperuntukkan sebanyak 100,000 dos vaksin tambahan bagi petugas Industri Binaan bermula Ogos Ini.
CIVAC memperuntukkan sebanyak 100,000 dos vaksin tambahan bagi petugas Industri Binaan bermula Ogos Ini.

Di bawah Fasa 2, aktiviti tambahan yang dibenarkan adalah aktiviti pemasaran dan jualan di pejabat pemaju, ejen jualan, galeri jualan, unit pameran dan unit hartanah sekunder ('subsale')

Bagaimanapun, kebenaran beroperasi sektor pemaju perumahan adalah tertakluk kepada pematuhan SOP terkini Sektor Pemajuan Perumahan.

Sebelum ini, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Cawangan Selangor menyokong pelaksanaan SOP yang lebih ketat dengan semua perniagaan terus dibenarkan beroperasi dalam membendung peningkatan kes jangkitan Covid-19 ketika ini.

Pengerusi REHDA Selangor, Datuk Ho Hon Sang berkata, industri seperti hartanah, pembinaan, perkilangan dan sektor perkhidmatan lain sedang dalam landasan pemulihan, justeru momentum berkenaan perlu dikekalkan.

"Sebarang penutupan aktiviti ekonomi akan memberi kesan serius terhadap pendapatan dan kerugian kewangan yang menyebabkan gangguan kepada semua industri serta kehidupan ramai orang.

"Di tengah-tengah peningkatan semula kes Covid-19 dan gesaan supaya kerajaan Selangor mengenakan PKP yang ketat, REHDA Selangor turut menyokong penguatkuasaan lebih ketat terhadap SOP dengan semua perniagaan dibenarkan untuk terus beroperasi," katanya.

DI bawah Fasa 2, aktiviti tambahan yang dibenarkan adalah aktiviti pemasaran dan jualan di pejabat pemaju, ejen jualan, galeri jualan, unit pameran dan unit hartanah ‘subsale’.
DI bawah Fasa 2, aktiviti tambahan yang dibenarkan adalah aktiviti pemasaran dan jualan di pejabat pemaju, ejen jualan, galeri jualan, unit pameran dan unit hartanah ‘subsale’.

Ho berkata, pihaknya mengalu-alukan inisiatif kerajaan untuk melaksanakan langkah yang mengutamakan kesihatan rakyat bagi mengurangkan kadar jangkitan dan meratakan lekuk Covid-19.

Katanya, REHDA Selangor juga mengalu-alukan beberapa perniagaan yang memilih untuk menutup operasi mereka secara sukarela dalam membendung penularan pandemik itu.

"Melangkah ke depan ialah dengan mempercepatkan pelaksanaan program vaksinasi untuk rakyat yang mana ia berkesan untuk mengawal pandemik itu," katanya.

INDUSTRI seperti hartanah, pembinaan, perkilangan dan sektor perkhidmatan lain sedang dalam landasan pemulihan, justeru momentum berkenaan perlu dikekalkan.
INDUSTRI seperti hartanah, pembinaan, perkilangan dan sektor perkhidmatan lain sedang dalam landasan pemulihan, justeru momentum berkenaan perlu dikekalkan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Julai 2021 @ 6:20 AM