KEDIAMAN moden yang serba lengkap.
KEDIAMAN moden yang serba lengkap.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


PEMAJU hartanah, Tropicana Corporation Berhad (Tropicana) menyerahkan pemilikan kosong (VP) dua bandar utamanya di Selangor iaitu Tropicana Aman, di Kota Kemuning seluas 349.244 hektar dan Metropark Tropicana seluas 35.612 hektar di Subang Jaya, baru-baru ini.

Pada majlis penyerahan itu, lebih daripada 650 pemilik kediaman Paisley Serviced Residences di Tropicana Metropark dan Dalia Residences di Tropicana Aman menerima kunci rumah baharu masing-masing.

Pemilik turut dibawa melawat ke kawasan sekitar perbandaran itu sebelum penyerahan dilakukan.

Pengarah Urusan Pemasaran dan Jualannya, Joanne Lee berkata, pihaknya gembira dapat melakukan penyerahan untuk kediaman moden berkenan.

Katanya, hartanah yang diidam ramai itu sudah siap namun masih mempunyai unit terhad untuk dimiliki.

"Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksanakan, namun kami memastikan unit kediaman dapat diserahkan pada masa yang ditetapkan.

"Kami gembira mengalu-alukan pembeli rumah ke komuniti Tropicana dan bagi memastikan mereka mendapat sokongan yang lancar, pembeli dapat menghubungi kami bila-bila masa melalui platform sehenti, aplikasi Tropicana 360," katanya.

Dengan adanya aplikasi itu, Joanne berkata, pemilik dapat menguruskan penyataan bil, melaporkan kecacatan atau masalah berkaitan kediaman selain menempah kemudahan yang disediakan.

PEMBELI menerima kunci rumah masing-masing.
PEMBELI menerima kunci rumah masing-masing.

"Kami seronok melihat pemilik dapat memasuki rumah baharu mereka dan gembira dengan maklum balas yang diterima.

"Bagi mereka yang ingin membeli unit kediaman kami yang baharu siap, jangan tertangguh lagi kerana kempen Tropicana FreeDOM menawarkan bayaran pendahuluan sifar, pembiayaan 100 peratus selain kos penyelenggaraan percuma sehingga 10 tahun untuk unit yang sudah siap dibina," katanya.

Dalam pada itu, Tropicana Metropark adalah pembangunan bersepadu pegangan bebas seluas 88 ekar yang terletak di kawasan kejiranan matang dan sibuk di Subang Jaya.

Kawasan itu dihubungkan oleh jambatan yang dibina khas, dihubungkan terus ke Lebuhraya Persekutuan.

Dengan taman bandar seluas 3.723 hektar, ia turut menambah nilai kepada masyarakat sekali gus meletakkan kawasan perbandaran itu sebagai lokasi tumpuan di Subang Jaya.

Sementara kawasan Tropicana Aman pula direka untuk kemudahan komuniti berjalan kaki dan berbasikal di mana penduduknya dapat menikmati kemudahan hab komersial, Central Park seluas 34.398 hektar.

Taman itu menyediakan laluan untuk pejalan kaki dan berbasikal sejauh tujuh kilometer.

Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan melalui 10 jambatan dan 17 astaka yang dikelilingi tasik indah serta tempat rekreasi yang luas.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Julai 2021 @ 6:46 AM