KEDIAMAN dua tingkat Acorus di Semenyih.
KEDIAMAN dua tingkat Acorus di Semenyih.
Hafiz Ithnin


SYARIKAT pemaju hartanah, SP Setia Bhd terus melancarkan projek dalam segmen kediaman dengan memperkenalkan satu lagi fasa baharu rumah kediaman dua tingkat mampu milik dengan susun atur yang fleksibel di perbandaran utamanya di Semenyih, Setia Ecohill 2 dikenali, Acorus 2.

Syarikat hartanah terkemuka itu turut menerapkan elemen fleksibel ke dalam produk terkininya itu, sekali gus membolehkan pembeli rumah mempunyai pilihan lebih dalam menentukan apa yang mereka ingin lakukan terhadap kediaman mereka terutama dalam era norma baharu.

Pengurus Besar Setia EcoHill, Koh Sooi Meng berkata, fasa kedua daripada fasa kelima Koleksi SEHati, Acorus 2 mempunyai 62 rumah teres dua tingkat dengan keluasan tanah 20' x 65' dan kawasan binaan 1,401 kaki persegi.

Inspirasi konsep penciptaan bersama, Acorus 2 secara inovatif memberikan pembeli rumah fleksibiliti untuk mengubah susun atur rumah mereka.

Jelasnya, sebagai contoh, susun atur tingkat bawah membolehkan lebih banyak bilik ditambah secara selesa untuk mereka yang mahukan bilik keluarga besar, ruang bekerja, tempat bermain atau taman persendirian.

"Dengan nilai pembangunan kasar RM29 juta, harga rumah bermula daripada RM466,000. Kita kini tiba pada masa yang mana rumah bukan saja lagi tempat berlindung.

"Kita juga bergantung kepada rumah bukan saja untuk ruang tempat tinggal, tetapi juga tempat untuk belajar, kerja dan bermain," katanya.

LOKASI riadah untuk penduduk.
LOKASI riadah untuk penduduk.

Jelasnya, dengan situasi yang dicetuskan pandemik Covid-19, fleksibiliti adalah penting untuk membantu pemilik rumah menyesuaikan diri dengan keperluan tempat tinggal yang tidak pernah difikirkan sebelum ini dan gaya hidup dalam norma baharu.

"Walaupun dilancarkan secara dalam talian di tengah-tengah pelaksanaan kawalan pergerakan, Acorus 2 mendapat sambutan menggalakkan dan mencapai kadar ambilan 100 peratus.

"Dengan sambutan amat menggalakkan daripada fasa pertama, kami berbangga bahawa konsep 'insightful' dan rekaan bentuk praktikal membuktikan ia sangat diterima dengan baik," katanya.

LANDSKAP Setia Blu River ditawarkan untuk riadah.
LANDSKAP Setia Blu River ditawarkan untuk riadah.

Pihaknya juga percaya susun atur fleksibel dan mampu milik akan memenuhi pelbagai keperluan pembeli rumah sama ada pasangan muda atau keluarga pelbagai generasi.

Katanya, Koleksi SEHati diterapkan dengan semangat

'all for one, and one for all', yang mana segala adalah mungkin bila sehati sejiwa.

"Semangat itu memberi inspirasi kepada tagline koleksi iaitu

'One Heart. One Community. One Nature.''One Heart' merujuk kepada bagaimana perbandaran memenuhi keperluan semasa pasaran, 'One Community' menggalakkan berorientasikan orang dan 'One Nature' menggambarkan landskap indah dalam perbandaran.

PROJEK Setia Acorus yang mementingkan keseimbangan alam semula jadi di kawasan rumah pembeli.
PROJEK Setia Acorus yang mementingkan keseimbangan alam semula jadi di kawasan rumah pembeli.

"Koleksi SEHati menawarkan alam semula jadi dengan taman poket dan tidak jauh daripada 'Adventure Park' dan 'South Creek.'

Koleksi rumah dua tingkat itu dikelilingi kemudahan yang selesa, termasuk Tenby International School, EcoHill Walk dan kemudahan beriadah dan tempat acara di rumah kelab komuniti Setia EcoHill, Club360," katanya.

Projek kediaman itu juga mudah diakses daripada lebuh raya utama Lembah Klang seperti Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) dan Lebuhraya Cheras-Kajang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Jun 2021 @ 7:01 AM