KK Chua (tengah) bersama Wany (kiri) dan Erra pada pelancaran produk baharu Himaya hari ini.
KK Chua (tengah) bersama Wany (kiri) dan Erra pada pelancaran produk baharu Himaya hari ini.

Kuala Lumpur: Himaya bekerjasama dengan selebriti terkenal tanah air, Wany Hasrita dan Erra Fazira bagi memperkenalkan dua warna terbaharu sekali gus memenuhi tuntutan pasaran pelitup muka medikal bergaya buat wanita-wanita berhijab.

Ketua Pegawai Eksekutif Anggun Kirana Sdn Bhd dan pemilik jenama Himaya, Datuk KK Chua berkata, pihaknya berbangga dapat berkerja sama dengan ikon selebriti tempatan.

"Pelitup muka medikal hijab berjaya mendapat sambutan hangat dan antara sebab utama ialah kualiti yang bagus serta berfesyen dengan pilihan warna yang menarik.

"Selain itu, dengan pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pelitup muka medikal Himaya yang mendapat kelulusan MDA (Medical Device Authority) juga dapat memberikan keyakinan kepada pengguna." katanya.

Menurutnya, Himaya dilengkapi head-loop untuk keselesaan maksimum, berbeza dengan topeng muka ear-loop biasa serta diiktirafkan Asia Halal Brand Awards (AHBA).

"Kempen terbaru Himaya iaitu "Siapa Cakap Pakai Medical Mask Tak Boleh Bergaya" dilancarkan dengan objektif untuk menggalakkan wanita berhijab untuk terus bergaya serta tampil yakin dengan koleksi fesyen facemask terbaru dari Himaya." kata KK Chua.

Erra bergaya dengan pelitup muka Blue Lagoon.
Erra bergaya dengan pelitup muka Blue Lagoon.

Pelitup muka medikal Himaya diperkenalkan dalam dua warna baharu yang elegan, iaitu Apricot Dream oleh Wany Hasrita, dan Blue Lagoon oleh Erra Fazira.

Himaya boleh didapati di semua kedai farmasi Guardian, Watsons, Caring serta melalui ejen berdaftar, atau di kedai atas talian himayamy di Shopee.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Mac 2021 @ 12:14 PM