MESKIPUN kediaman tidak besar tetapi Khairi bijak mengatur perabot.
MESKIPUN kediaman tidak besar tetapi Khairi bijak mengatur perabot.
Hafiz Ithnin
hafizithnin@mediaprima.com.my


BARU berusia 31 tahun, pemuda ini sudah mempunyai tiga rumah dan baginya pelaburan di dalam segmen hartanah mampu memberi pulangan baik sekiranya bijak mencari lokasi sesuai.

Bersandarkan pengalaman bekerja di luar kawasan membuatkan Khairi Anwar Ishak melihat peluang untuk menyewakan kediaman terutama bilik kepada golongan lelaki yang inginkan privasi.

Khairi berkata, permintaan menyewa bilik selesa untuk golongan lelaki bujang profesional ketika ini yang bekerja di luar kawasan meningkat tetapi sukar apabila bercerita mengenai cita rasa.

KONSEP industri menjadi pilihan.
KONSEP industri menjadi pilihan.

"Jika kita lihat ramai yang menyewakan bilik atau kediaman yang hanya untuk kaum hawa kerana kepercayaan pemilik kediaman dalam soal menjaga kebersihan.

"Sebenarnya menerusi pengalaman saya sendiri dan rakan-rakan yang bekerja dalam sektor profesional, kami juga inginkan kediaman selesa, tenang dan mempunyai privasi tetapi agak sukar untuk menyewanya kerana kurang kepercayaan pemilik aset berkenaan kepada penyewa lelaki," katanya.

KHAIRI Anwar Ishak
KHAIRI Anwar Ishak

Pada 2015 Khairi ketika itu berusia 25 tahun membeli kediaman pertamanya terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor iaitu kediaman jenis kondominium bersaiz sekitar 660 kaki persegi dengan harga jualan RM360,000 dan kini didiaminya.

Kemudian pada 2018, anak kelahiran Selangor itu membeli kediaman kedua pada harga RM300,000 dengan keluasan 460 kaki kaki persegi terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan dijangka siap pada tahun ini.

Seterusnya, kediaman ketiganya dalam segmen studio dibeli pada 2019 berharga RM280,000 seluas 250 kaki persegi yang terletak di KL Sentral, Kuala Lumpur.

Khairi berkata, bagi kediaman di Bangi dia akan menghuninya kerana terletak dekat dengan rumah keluarga dan dua lagi akan disewakan.

KONSEP industri menjadi pilihan.
KONSEP industri menjadi pilihan.

Ditanya mengenai kediaman yang dibelinya pada keluasan di bawah 1,000 kaki persegi, katanya perkara itu tidak menjadi isu kerana ia dibeli bagi tujuan pelaburan itu disewakan dan bukan untuk didiami sendiri.

"Menerusi pengalaman saya, kebanyakan pekerja bujang profesional mereka tidak mahukan kediaman yang begitu luas untuk didiami tetapi perlu selesa.

"Jadi, perkara yang perlu dititik beratkan adalah ia perlu diberi nilai tambah dari segi menyediakan keperluan di dalamnya seperti perabot dan hiasan dalaman yang serasi dengan jiwa lelaki," katanya.

Khairi berkata, sebelum membuat keputusan muktamad untuk membeli aset dia juga membuat kajian terlebih dahulu lokasi yang menjadi tumpuan.

PERCAYA kediaman selesa dan perlu serasi dengan cita rasa maskulin mampu menarik penyewa lelaki profesional.
PERCAYA kediaman selesa dan perlu serasi dengan cita rasa maskulin mampu menarik penyewa lelaki profesional.

"Seperti kita tahu Lembah Klang adalah kawasan yang paling menjadi tumpuan orang untuk berkerja di sini dan mereka perlukan kediaman.

"Jadi, saya memastikan aset yang dibeli untuk disewakan mempunyai kemudahan sampingan yang lain seperti mudah mendapatkan akses pengangkutan awam dan berada dekat dengan kawasan komersial," katanya.

Beliau turut berkongsi, sebelum membeli kediaman untuk tujuan pelaburan perkara utama pastinya perlu melihat terlebih dahulu kemampuan kewangan dan pastikan ia 'cantik' untuk mendapat pembiayaan.

KEMAS dan selesa menjadi keutamaan Khairi untuk menyewakan kediamannya.
KEMAS dan selesa menjadi keutamaan Khairi untuk menyewakan kediamannya.

"Jadi, ketika mula bekerja saya amat menjaga prestasi kewangan peribadi supaya tidak terikat dengan pembiayaan pembelian aset yang berbentuk liabiliti kerana untuk jangka masa panjang terutama bagi membeli kediaman ia akan memberi kesan kepada nisbah khidmat hutang (DSR)," katanya.

Selain itu, Khairi yang perlu membayar ansuran bulanan kepada pihak pembiayaan sekitar RM6,000 sebulan bagi ketiga-tiga aset itu turut memastikan pengurusan kewangan peribadi dengan baik.

MENYEDIAKAN hiasan dalaman dilihat mampu memberi nilai tambah untuk pelaburan.
MENYEDIAKAN hiasan dalaman dilihat mampu memberi nilai tambah untuk pelaburan.

"Saya mempraktikkan pembayaran pembiayaan secara auto debit kepada pihak pembiaya supaya pendapatan bulanan dapat diatur dan tidak berbelanja melebihi kemampuan," katanya mengakhiri perbualan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2021 @ 6:50 AM