QUAYSIDE Mall mampu merancakkan kembali sektor peruncitan di koridor selatan Lembah Klang.
QUAYSIDE Mall mampu merancakkan kembali sektor peruncitan di koridor selatan Lembah Klang.
Nurul Husna Mahmud


GAMUDA Land menjangkakan pasar raya Quayside Mall terletak di Twentyfive.7 Kota Kemuning, Klang, Selangor bakal merancakkan kembali aktiviti sektor peruncitan di sebelah koridor selatan Lembah Klang.

Ia turut menampilkan konsep berlatarkan pertanian organik vertikal selain berjaya menghubungkan antara pusat jualan di bahagian luar dan dalam.

Sesuai dengan persekitaran norma baharu, reka bentuk pasar raya itu mampu memenuhi keperluan landskap runcit yang berubah di Malaysia iaitu konsep premis dengan ruang terbuka selain kombinasi alam semula jadi.

Menurut Pengarah Peruncitan dan Penyewaan Pasaraya Gamuda Land, Herbie Tan, pihaknya menjalankan perancangan teliti dalam pembinaan pasar raya sesuai dengan keperluan komuniti setempat.

"Quayside Mall ini adalah salah satu hasil pendekatan Gamuda Land dengan dasar pandangan kehadapan apabila perencanaan induk dilakukan dengan teliti dalam sesuatu projek pembangunan sesuatu kawasan.

"Boleh lihat adanya kesinambungan antara pusat beli-belah dengan perbandaran selain serasi dengan perubahan sekitar terutama dalam landskap sektor peruncitan dan hartanah ketika norma baharu," katanya.

Tambahnya lagi, selaku pemaju perbandaran dan mempunyai peranan menyatukan komuniti, pihaknya mengkaji trend runcit terkini.

DUA flamingo menjadi maskot.
DUA flamingo menjadi maskot.

"Dalam fokus untuk menyatukan masyarakat melalui tempat, kami mengkaji trend semasa iaitu pengusaha dan kedai makan yang digemari penduduk setempat.

"Kami memiliki lebih 25 pengendali servis makanan dan minuman (F&B), penyewa tetap daripada peruncit terkenal seperti Jaya Store dan Harvey Norman yang dapat memenuhi keperluan penduduk Twentyfive.7 ini," katanya.

Sesuai sebagai tumpuan keluarga atau bersantai dengan kenalan, dekorasi unik cukup menonjol iaitu di atrium tengah pusat beli-belah terdapat dua patung flamingo berwarna merah jambu memberi tema keseluruhan pusat berkenaan termasuk warna eskalatornya.

Selain elemen tambahan yang menyapa kehadiran pengunjung termasuk pertunjukan air pancuran muzikal setiap jam 8 malam di tengah tasik di taman terbuka yang menempatkan ruang makan penuh santai.

Sempena pelancaran pusat beli-belah terbaharu itu, pelbagai aktiviti dan tawaran istimewa buat pengunjung berbelanja dan bersantai di situ.

SERBA merah jambu suasana dalam tarikan baharu di perbandaran Twentyfive.7.
SERBA merah jambu suasana dalam tarikan baharu di perbandaran Twentyfive.7.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 January 2021 @ 6:20 AM