RUMAH yang siap dibaik pulih dan sedia diduduki.  FOTO: Ihsan Rumah Idaman Warisan
RUMAH yang siap dibaik pulih dan sedia diduduki. FOTO: Ihsan Rumah Idaman Warisan
Nurul Husna Mahmud

MENGAKUI serik apabila melakukan pembelian tanpa teliti dan tinjauan rapi mengenai projek perumahan menjadi pengajaran buat penjawat awam, Sharudin Ismail apabila kediaman dibelinya hampir 20 tahun lalu terbengkalai.

Kata Sharudin, kediaman dua tingkat mencecah nilai lebih RM100,000 ketika itu dibeli bersama isteri, Salmiah Hamdan, 46, terbengkalai sejak 2006 lalu sepatutnya menjadi kediaman pertama didiami selepas berkahwin.

"Sebenarnya saya beli rumah ini selepas gaji isteri tidak mencukupi untuk menampung syarat layak pembiayaan bank bagi pembeli unit kediaman itu.

"Saya hanya bersetuju kerana memikirkan sudah bertunang ketika itu selain mencari kediaman sesuai. Namun tidak sangka projek itu terbengkalai disebabkan pemaju tidak menyiapkannya selain masalah mendapan tanah teruk membabitkan unit rumah sudah siap.

"Unit kami sudah siap cumanya tidak selamat diduduki kerana ada sebahagian unit sudah mendap hingga tiga kaki dan menyebabkan struktur rumah teruk," katanya.

Kata Sharudin, untuk memiliki kediaman selepas hartanah pertama terbengkalai bukan mudah kerana pernah melalui kemelut perundangan rumit bersama pihak bank.

IDAMAN Warisan beri harapan baharu pemilik kediaman.  FOTO: Ihsan Rumah Idaman Warisan
IDAMAN Warisan beri harapan baharu pemilik kediaman. FOTO: Ihsan Rumah Idaman Warisan

PEMANDANGAN udara projek Rumah Idaman Warisan.  FOTO: Ihsan Rumah Idaman Warisan
PEMANDANGAN udara projek Rumah Idaman Warisan. FOTO: Ihsan Rumah Idaman Warisan

"Disebabkan masalah itu juga saya terpaksa menyewa rumah lain sehingga hari ini dan tidak dapat membeli kediaman baharu. Lebih teruk dalam kes saya, apabila pernah diheret ke mahkamah disebabkan gagal melunaskan ansuran berkenaan.

"Banyak yang saya dan isteri hadapi bagi pembelian rumah pertama gagal disiapkan pemaju. Boleh dikatakan saya agak serik untuk membuat pencarian atau pembelian rumah baharu setelah melalui pengalaman itu," katanya.

Menyifatkan usaha Kerajaan Negeri Selangor memulihkan semula projek perumahan Taman Arcadia dengan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor) sebagai pemaju menerusi Konsortium Strategik membabitkan Worldwide Holding Berhad dan LBS Bina Group Berhad, Worldwide Holding Berhad dan LBS Bina Group Berhad adalah membela nasib pemilik rumah terbengkalai.

Sharudin menyifatkan penyerahan kunci rumah Rumah Idaman Warisan yang dulunya projek perumahan Taman Arcadia, membantu pemilik sepertinya mempunyai aset baik sebagai pelaburan mahu pun untuk didiami.

KEADAAN sebelum diambil alih.  FOTO: Ihsan Rumah Idaman Warisan
KEADAAN sebelum diambil alih. FOTO: Ihsan Rumah Idaman Warisan

"Saya bersyukur kediaman baharu juga bukan sahaja strukturnya lebih baik dan selamat, namun terdapat beberapa nilai tambah diberikan sekali gus membantu meringankan beban pemilik.

"Rumah ini lebih kepada rumah persinggahan dan mungkin akan diduduki apabila bersara kelak berikutan ketika ini menyewa di lokasi selesa untuk anak bersekolah selain saya dan isteri berulang-alik dari tempat kerja.

"Rumah ini dilengkapi dengan peralatan dan perkakas seperti kabinet, set televisyen, penghawa dingin dan lain-lain. Ini boleh membantu mengurangkan bebanan kos baik dari segi kemudahan seperti kabinet mahupun perabot bagi rumah baharu," katanya.

Malah dia turut menasihati bakal pemilik kediaman supaya membuat kaji selidik rapi termasuk latar belakang pemaju bagi menjamin isu membabitkan kediaman terbengkalai tidak dihadapi mereka.

RUPA baharu dengan kemasan lebih tegap.  FOTO: Ihsan Rumah Idaman Warisan
RUPA baharu dengan kemasan lebih tegap. FOTO: Ihsan Rumah Idaman Warisan

LENGKAP dengan kabinet dan dapur.  FOTO: Ihsan Rumah Idaman Warisan
LENGKAP dengan kabinet dan dapur. FOTO: Ihsan Rumah Idaman Warisan

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 September 2020 @ 6:31 AM