KEDIAMAN teres yang menjadi perhatian pasaran.
KEDIAMAN teres yang menjadi perhatian pasaran.
Hafiz Ithnin


PELANCARAN Lumira 2 menjadi satu lagi kejayaan Sime Darby Property menerusi Kempen Spotlight 8 Year 2020 yang memperkenalkan dan mempromosi pelbagai produk perbandaran miliknya setiap minggu sehingga akhir September ini.

Lumira 2 mencatatkan 70 peratus pembelian menerusi pelancarannya dan Lumira 1 juga mencatatkan prestasi yang positif apabila 90 peratus unitnya terjual sejak dilancarkan.

Sime Darby Property berkata, kejayaan prestasi memberangsangkan itu menunjukkan permintaan tinggi kediaman dalam segmen pegangan bebas, teres dan menjadi kayu ukur bahawa penawaran produk yang berbaloi dengan harga dibayar.

"Menerusi penawaran harga bermula RM732,888 seunit, Lumira 2 menawarkan kediaman gaya gabel dengan binaan 1,903 kaki persegi, empat bilik tidur dengan setiap satunya mempunyai bilik air sendiri.

"Selain itu, Lumira 2 juga dilengkapi dengan kemudahan taman komuniti, taman permainan, dewan serba guna, laluan berbasikal dan berjoging, laman terbuka, stesen kecergasan, laluan refleksologi dan gazebo menjadi tarikan pembeli," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, pembeli yang inginkan gaya hidup berkualiti, Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor menawarkan semua yang diimpikan kerana kawasan itu lengkap kepelbagaian komponen kediaman, komersial dan industri yang membolehkan penghuni untuk tinggal, bekerja dan beriadah hanya di dalam pembandaran berkenaan sahaja.

CIRI moden yang ditawarkan.
CIRI moden yang ditawarkan.

RUANG dalaman yang luas.
RUANG dalaman yang luas.

Jelasnya, dibarisi dengan pelbagai kedai runcit dan makanan, penduduk Bandar Bukit Raja juga boleh menikmati 'kehidupan bandar' yang seimbang dengan gaya hidup aktiviti luar.

"Bukan saja ciri-ciri kemudahan ditingkatkan seperti kabel bawah tanah dan saliran bertutup, malah Bandar Bukit Raja turut menawarkan komponen yang selamat, bersih serta menekankan penggunaan ruang," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Sime Darby Property, Datuk Azmir Merican berkata, pihaknya yakin kombinasi antara produk terbaik memberi kesan kepada permintaan pasaran.

"Insentif Kempen Pemilikan Kediaman (HOC) turut mendorong penjualan Lumira 2. Pembeli berpotensi juga mengambil langkah bijak dalam tempoh ini yang memberi peluang kepada mereka untuk lebih menyimpan.

"Kami sentiasa ingin membantu pembeli kediaman untuk membuat pelaburan bijak dalam tempoh kewangan yang mencabar ketika ini. Memahami kehendak mereka untuk kediaman teres, kami memasukkan produk ini di dalam Spotlight 8," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Ogos 2020 @ 6:43 AM