KOLAM renang menggunakan teknologi terkini sesuai buat bayi juga kerana tiada klorin. FOTO Aswadi Alias
KOLAM renang menggunakan teknologi terkini sesuai buat bayi juga kerana tiada klorin. FOTO Aswadi Alias
Nurul Husna Mahmud

DEPOSIT 10 peratus dengan nilai rumah semasa lebih RM300 ribu adalah satu bebanan buat pasangan muda yang mahu memiliki kediaman atau aset hartanah pertama.

Pelbagai faktor termasuk baru mula bekerja dan memulakan hidup berkeluarga membuat golongan muda berusia antara 24 tahun hingga awal 30-an tidak mampu memiliki aset berkenaan.

Begitu juga buat pasangan Rohani Hamad dan suaminya, Muhammad Syazwan Shohaimi ini yang mencari tawaran baik daripada pemaju membolehkan mereka mampu memiliki rumah.

Menurut Rohani, dia tidak menyangka impian memiliki kediaman berjaya digapai apabila pembelian unit kondominium lengkap dengan fasiliti seperti gimnasium dan kolam renang di bandar baru Southville, Dengkil, Selangor.

"Sebenarnya saya dan suami tidak menyangka cubaan membeli rumah jenis kondominium bernilai lebih RM400 ribu berjaya melepasi tapisan pinjaman bank.

"Saya ada sejarah pembayaran pinjaman pelajaran yang tidak konsisten sementara suami pula gaji hanya sekitar RM3,000 sebulan.

PASANGAN muda seperti Rohani dan Muhammad Syazwan meneliti tawaran dari pemaju. FOTO Aswadi Alias
PASANGAN muda seperti Rohani dan Muhammad Syazwan meneliti tawaran dari pemaju. FOTO Aswadi Alias

"Mungkin juga rezeki kami pasangan baru berkahwin tahun lalu dapat mendiami unit hartanah itu yang dirasakan cukup strategik apabila dikelilingi beberapa bandar utama seperti Bangi, Putrajaya, Cyberjaya dan Nilai," katanya.

Tambah Rohani, meskipun komitmen bulanan tinggi iaitu melebihi RM1, 500 ia satu pelaburan yang berbaloi berdasarkan lokasi dan fasiliti ditawarkan pemaju.

"Banyak faktor mendorong kami mengambil keputusan membeli kediaman ini. Ia berikutan lokasi yang strategik termasuk berhampiran dengan tempat kerja suami dan juga terletak dalam bandar baru dengan suasana menenangkan.

"Paling penting ialah tawaran hebat pihak pemaju iaitu Mah Sing apabila pakej khas untuk pembeli projek kondominium ini sesuai buat saya dan suami.

"Kami bukan sahaja tidak perlu mengeluarkan deposit 10 peratus malah mendapat sebahagian tunai sekali gus membantu untuk kegunaan masuk rumah nanti.

TAMAN permainan kanak-kanak. FOTO Aswadi Alias
TAMAN permainan kanak-kanak. FOTO Aswadi Alias

SELESA kolam renang yang luas. FOTO Aswadi Alias
SELESA kolam renang yang luas. FOTO Aswadi Alias

"Malah unit kediaman ini juga sebahagian dilengkapi perabot seperti kelengkapan set dapur memasak dan penghawa dingin membuatkan kami dapat berjimat untuk kelengkapan lain, "katanya.

Sementara itu, pasangannya, Muhammad Syazwan berkata, unit jenis tiga bilik tidur dan dua bilik air sesuai buat keluarganya.

"Keluasan dalam rumah itu sesuai buat keluarga kecil kami apabila baru menerima kehadiran ahli baru berusia lima bulan, Muhammad Nuh.

"Lagipun fasiliti yang ada seperti alat senaman dalam air selain kolam renang tidak menggunakan cucian klorin sesuai buat bayi," katanya.

Malah dia juga mengakui segala urusan pembelian diuruskan ejen dan hanya perlu tunggu pinjaman diluluskan sehingga pemberian kunci unit itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Ogos 2020 @ 7:01 AM