KEDIAMAN pusaka yang dipindahkan dengan kaedah mengusung rumah untuk dijadikan galeri.
KEDIAMAN pusaka yang dipindahkan dengan kaedah mengusung rumah untuk dijadikan galeri.
Hafiz Ithnin
hafizithnin@mediaprima.com.my


"LEBIH 15 tahun saya kumpul barang lama ini, jadi apabila orang perempuan (isteri) bising, saya mula terfikir untuk wujudkan satu galeri," jelas lelaki berusia 60 tahun ini.

Ternyata sebaik melangkah ke kediaman itu yang dikatakan berusia sekitar 63 tahun terasa berada di dalam sebuah rumah Melayu lama padat dengan pelbagai aksesori tinggalan sejarah.

Rumah itu yang dinamakan Galeri Aki Aji adalah milik Lukhman Mahmud, seorang pencinta barangan antik yang sudah semestinya mempunyai nilai sentimental tersendiri.

Keramahan Lukhman melayan tetamu yang bertandang ke galerinya memberikan jawapan kepada penulis mengapa kini menjadi tumpuan pelbagai pihak mengunjunginya.

Galeri Aki Aji di Kampung Chepor, Lenggong, Perak itu mengambil sekitar tiga jam perjalanan dari Kuala Lumpur, tetapi pada buku pendaftaran kelihatan begitu ramai pengunjung sejak ia beroperasi secara tidak rasmi awal tahun ini.

LUKHMAN bersama isteri, Fadhzilah Lebai Othman.
LUKHMAN bersama isteri, Fadhzilah Lebai Othman.

Lukhman berkata, sebenarnya galerinya belum siap sepenuhnya kerana rumah pusaka tinggalan bapa saudaranya itu diusung ke lokasi terkini pada November 2019 dan sejak itu kecuali sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pengunjung tidak putus-putus datang setiap hari.

"Saya bercadang membuka galeri ini kepada orang ramai tahun depan, tetapi apabila orang mengetahui mengenai keunikan isi kandungan di dalamnya dan cara rumah ini dipindahkan, setiap hari pasti ada pengunjung.

SETERIKA menggunakan arang tersimpan kemas.
SETERIKA menggunakan arang tersimpan kemas.

TELEFON antik juga dimilikinya.
TELEFON antik juga dimilikinya.

"Hanya sekejap sahaja ia tidak menerima kehadiran tetamu kerana PKP. Pengunjung yang datang juga terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan kenamaan," katanya.

Ketika ini, Lukhman mempunyai lebih 500 barangan antik yang pada awalnya dikumpul hasil pencarian sendiri dan kini ada pelbagai individu memberi kepercayaan kepadanya untuk menyimpan koleksi antik mereka.

Bermula dari laluan masuk ke pintu saja sudah terdapat pelbagai jenis kepingan kayu daripada pokok yang mempunyai nilai kepada masyarakat setempat bersama namanya digantung Lukhman sebagai pembuka cerita apabila orang ramai masuk ke galeri itu.

PELBAGAI barangan antik disusun kemas di dalam almari pameran.
PELBAGAI barangan antik disusun kemas di dalam almari pameran.

Malah, galeri itu juga mempunyai almari yang menyimpan pelbagai koleksi antik antaranya seterika, peralatan pertukangan, telefon, tembikar besi dan aksesori majlis perkahwinan.

Tidak sekadar itu apabila terdapat sebuah ruang dapur yang menempatkan pelbagai peralatan memasak lama dan pinggan mangkuk yang terkenal pada zaman sebelum kemerdekaan.

Bagi menghidupkan lagi suasana seperti berada di dapur rumah 'orang dulu-dulu' terdapat juga dapur arang yang digunakan isteri Lukhman untuk memasak makanan kegemaran mereka sekeluarga.

Lukhman berkata, setiap barangan yang dimilikinya mempunyai nilai sentimental tersendiri dan boleh memberi pendidikan kepada generasi baharu mengenai revolusi sesuatu barangan yang kini menjadi semakin moden serta mudah.

"Jika pengunjung yang datang bersam

a keluarga terutama membawa anak, mereka dapat mengetahui barangan yang pernah digunakan generasi terdahulu dalam kehidupan seharian.

"Jadi, ia juga dapat memberi pengalaman baharu kepada generasi masa kini bahawa kehidupan orang lama yang tidak mempunyai kemudahan elektrik mampu meneruskan kehidupan walaupun agak mencabar untuk mengaplikasikannya berbanding barangan keperluan pada hari ini," katanya.

Jelasnya, niat membuka galeri itu juga adalah untuk memb

antu memperkenalkan kampung kelahirannya kepada masyarakat luar yang mungkin sebelum ini tidak mengetahui kewujudannya.

"Apabila ada tarikan seperti ini sekali gus dapat membantu merancakkan aktiviti ekonomi masyarakat setempat yang mungkin boleh menyediakan jualan makanan dan minuman.

"Selain itu, kita juga ingin orang ramai di luar Lenggong mengetahui keindahan lokasi ini yang mempunyai sejarah tersendiri," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 January 2021 @ 7:00 AM