BAMPAR dan rim 18 inci kemasan hitam.
BAMPAR dan rim 18 inci kemasan hitam.
CR-V Edisi Hitam
CR-V Edisi Hitam
Lizam Ridzuan


HONDA Malaysia memperkenalkan model CR-V Black Edition sebagai satu daripada pilihan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenama itu.

Eksklusif ditawarkan menerusi model 1.5L TC-P 2WD, ia didatangkan dengan warna Crystal Black Pearl.

Ia juga datang dengan 'Next Generation Advanced Safety Technology' dan ciri premium lain.

Pada masa sama, ia menerima sentuhan kemasan gelap pada gril hadapan dan bampar serta lampu utama LED signatur Honda.

Bahagian kemasan hitam juga dipadankan pada bampar belakang serta rim aloi 18 inci dengan saduran hitam piano.

Tidak hanya luaran, bahagian dalaman juga diserlahkan dengan roda stereng, meter TFT bersaiz 7 inci dan kemasan penyaman udara hitam piano.

DILENGKAPI Honda Sensing.
DILENGKAPI Honda Sensing.

Konsol tengah, papan pemuka dan kemasan pintu pada CR-V Black Edition ini dicantikkan lagi dengan hiasan kayu hitam.

Ia dijana enjin CR-V generasi kelima 1.5L VTEC Pengecas Turbo yang menjana 193PS dan tork 243Nm. Ia lebih berkuasa daripada enjin 2.4 liter.

Ia juga dilengkapi Penghidup Enjin Kawalan Jauh membolehkan enjin dan penyaman udara dihidupkan sebelum pemandu memasuki kenderaan.

Selain ruang kargo yang luas, tambahan kemudahan pintu belakang tenaga bebas tangan membolehkan ia dibuka dengan gerakan kaki melalui pengesan di bawah bampar belakang.

RUANG kabin gelap.
RUANG kabin gelap.

Untuk bantuan pemanduan, ia dilengkapi Sistem keselamatan Honda Sensing dengan lapan ciri utama.

Untuk pasaran Malaysia, Honda CR-V Black Edition dijual pada harga RM161,913 (atas jalan tanpa insurans). Varian CR-V lain ialah 2.0L 2WD, 1.5L TC-P 2WD dan 1.5L TC-P 4WD.

SULAMAN ‘Black Edition’ pada kerusi hadapan.
SULAMAN ‘Black Edition’ pada kerusi hadapan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 November 2021 @ 6:20 AM