Pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sukhoi Su-30MKM.
Pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sukhoi Su-30MKM.
Oleh Nazarali Saeril


Kuala Lumpur: Petang ini, bertempat di Pengkalan Udara Subang, 16 pesawat pelbagai jenis milik anggota Peraturan Pertahanan Lima Negara (FPDA) akan melakukan acara terbang lintas.

Ia simbolik sambutan 50 tahun FPDA dan '11th FPDA Defence Ministers Meeting' yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Untuk rekod, FPDA membabitkan Malaysia, Singapura, United Kingdom (UK), Australia serta New Zealand.

Pada acara terbang lintas ini, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menghantar lima Su-30MKM dan empat BAE Hawk.

Tujuh pesawat lain pula membabitkan dua F-15SG dan dua F-16 C/D Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) serta tiga F/A-18F Royal Australian Air Force (RAAF).

Orang ramai dijemput menyaksikan acara terbang lintas ini secara 'livestream' di laman Facebook rasmi Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Kementerian Pertahanan Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Oktober 2021 @ 4:22 PM