JIMNY 2021.
JIMNY 2021.
Lizam Ridzuan


Suzuki Jimny pacuan empat roda (4WD) yang juga Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) mini mula diperkenalkan pada 1970.

Sehingga Julai 2020, sudah lebih tiga juta unit model ini terjual di 199 negara malah kini, ia sudah pun memasuki generasi keempat.

Di Malaysia, Jimny 2021 kembali dipasarkan melalui syarikat Naza Eastern Motors yang juga pengedar rasmi kenderaan Suzuki di negara ini.

Model import sepenuhnya (CBU) dari Jepun ini didatangkan dengan enjin 1.5 liter petrol dengan transmisi empat kelajuan.

Ia menjana kuasa 100 kuasa kuda (hp) pada 6,000 rpm dan tork 130Nm pada 4,000rpm.

GAYA 4WD kompak.
GAYA 4WD kompak.

Enjin ini menawarkan keseimbangan tenaga sama ada untuk kegunaan urban atau lasak.

Pemandu boleh memilih sama ada untuk pacuan roda belakang atau semua roda dengan sistem 'Allgrip Pro' yang disesuaikan dengan permukaan laluan serta 4WD boleh pilih dengan peti penukar jarak rendah serta fungsi menurun bukit dan kekal kedudukan ketika bukit.

Sesuai untuk kemantapan ketika laluan lasak, Jimny dibina dengan kerangka 'ladder' serta suspensi gandar tiga pautan kukuh dengan 'coil spring'.

KABIN ciri praktikal.
KABIN ciri praktikal.

Jarak kelegaan permukaan jalan 210 milimeter (mm) dan tiga sudut kelegaan memudahkan pergerakan ketika menempuh kawasan tidak rata.

Berat kenderaan sekitar satu tan memudahkan pergerakan laluan lasak dengan penggunaan bahan api lebih efisien.

Untuk kabin, ia masih mengekalkan kedudukan empat tempat duduk dengan ruang kepala dan kaki yang lebih baik.

Jimny turut dipadankan dengan gaya retro dan praktikal seperti kawalan pendingin udara digital, roda stereng pelbagai fungsi balutan kulit dan sistem infotainmen dengan skrin sesentuh yang menyokong Apple CarPlay dan Bluetooth untuk telefon dan audio.

KERANGKA ladder.
KERANGKA ladder.

Untuk pasaran Malaysia, Suzuki Jimny 2021 ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu 'Kinetic Yellow', 'Jungle Green', 'Medium Grey' dan 'Bluish Black Pearl 3'.

Ia dijual pada harga RM168,900 (atas jalan tanpa insurans dan cukai SST).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Oktober 2021 @ 7:00 AM