PEDAL analog dengan pengesan Hall.
PEDAL analog dengan pengesan Hall.
JENTERA perlumbaan Bentley Continental GT3.
JENTERA perlumbaan Bentley Continental GT3.
Lizam Ridzuan


SELEPAS menggunakannya ketika memandu di litar perlumbaan, ia boleh ditanggalkan dan dipasang pula pada simulator perlumbaan elektronik.

Itulah keunikan roda stereng ini hasil kerjasama di antara pengeluar kenderaan premium Bentley dan Fanatec yang boleh digunakan untuk kedua-duanya.

Ia direka untuk kereta perlumbaan Bentley Continental GT3 Pikes Peak yang dihasilkan daripada gentian karbon ringan, aloi magnesium dan dilengkapi butang fungsi pemanduan.

Dibangunkan bersama Fanatec, iaitu pendahulu pembuat perkakasan permainan elektronik dari Jerman, ia adalah pertama seumpamanya yang dihasilkan di pasaran.

Selain itu, ia juga menawarkan 'gamer' berasakan pengalaman sebenar memandu jentera paling berkuasa di dunia itu di atas simulator.

Ia dengan bentuk diameter 310 milimeter (mm) serta pemegang daripada material Alcantara yang selesa.

RODA stereng pada jentera.
RODA stereng pada jentera.

Sistem 'Quick Release' (QR2) padanya juga memenuhi piawaian standard Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

Rekaan pada ruang tengah roda stereng GT3 itu dilengkapi paparan digital LCD untuk telemetri penting dan maklumat prestasi pemanduan.

Ciri eksklusif lain antaranya ialah pengekod berputar bergerak, lingkaran gentian karbon, dua butang FunkySwitch 7-arah dengan fungsi pengekod dan sepasang 'thumb wheels' aluminium dengan pengekod optik.

Tambah menarik, ia juga disediakan dengan tempat simpanan tersendiri slain beg khas untuk memudahkannya dibawa ke mana saja.

Ciri lain roda stereng ini ialah, Dual-core ARM Cortex-A7 microprocessor pada 800Mhz, port pengecas USB-C, penutup butang boleh tukar, 9 RGB RevLEDs, 6 RGB FlagLEDs dan ia hanya seberat 1.9 kilogram.

BOLEH digunakan di simulator.
BOLEH digunakan di simulator.

Sekiranya tidak digunakan, ia boleh dilekap di dinding untuk fungsi sebagai jam analog dan perhiasan.

Jentera Bentley Continental GT3 Pikes Peak dijana dengan enjin talaan khas 4.0 liter V8 pengecas turbo berkembar yang menghasilkan kuasa 750 kuasa kuda (hp) dan tork 1,000Nm.

Ia direka untuk menggunakan bahan api sintetik diperbaharui bagi perlumbaan di Pikes Peak International Hill Climb, Colorado, Amerika Syarikat sejauh 20 kilometer yang melalui 156 selekoh dan pendakian setinggi 14,115 kaki dari paras laut.

PEMEGANG daripada material premium Alcantara.
PEMEGANG daripada material premium Alcantara.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Jun 2021 @ 6:20 AM