UNJURAN kaki lebih baik untuk penumpang.
UNJURAN kaki lebih baik untuk penumpang.
BMW 330Li M Sport kini dengan saiz kabin lebih selesa.
BMW 330Li M Sport kini dengan saiz kabin lebih selesa.
Lizam Ridzuan


SEBAGAI kenderaan paling laris yang terjual lebih 2,500 unit tahun lalu di negara ini, BMW 3 Series kini tampil dengan model baharu dengan jarak roda lebih panjang.

Dikenali sebagai BMW 330Li M Sport, selain yang julung kali kali diperkenalkan, ia juga dipasang secara tempatan dan masih mengekalkan DNA BMW untuk sedan eksekutif ini.

Dimensi panjang keseluruhannya ialah 4,819 milimeter (mm) manakala jarak rodanya 2,961mm.

Ia 110mm lebih panjang daripada model BMW 330i M Sport sedia ada selain 1,441 mm (+6mm) lebih tinggi.

Rekaan luaran menampilkan gril 'ginjal' gabungan hitam dan bingkai krom serta lampu hadapan LED Adiptif yang akan melaras secara automatik mengikut keadaan permukaan jalan raya.

PERTAMA kali diperkenalkan ke pasaran tempatan.
PERTAMA kali diperkenalkan ke pasaran tempatan.

Ia juga yang pertama didatangkan dengan pakej M Sport Aerodynamics dan M Sport Package yang dilengkapi rim aloi jejari berkembar gaya 848 M bicolour bersaiz 18 inci M, paip ekzos berkembar dengan kemasan trapezoidal, bumbung panorama dan pencahayaan 'selamat datang' pada kedua bahagian.

Dengan enjin 1,998cc TwinPower Turbo petrol, ia menjana 258 kuasa kuda (hp) dan tork maksimum 400Nm pada 1,550 hingga 4,400 rpm yang dikuasakan dengan transmisi lapan kelajuan Steptronic Sport.

Ia mampu memecut daripada sifar ke 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 6.2 saat, kelajuan maksimum 250 km/j dan purata penggunaan bahan api sekitar 6.4 liter untuk setiap 100km.

Bahagian dalaman kabin juga dipertingkatkan dengan ruang kepala lebih tinggi 4mm dan ruang kaki penumpang bertambah 42mm untuk keselesaan tambahan.

REKAAN hadapan dengan gril baharu dan lampu
REKAAN hadapan dengan gril baharu dan lampu

Suasana lebih moden dan mewah dapat dilihat menerusi kemasan aluminium tetragon dengan krom mutiara.

Roda stereng kulit M dan pedal M-Specific menambah ciri sporty model ini.

Antara ciri istimewa lain ialah kerusi pemandu larasan elektrik dengan fungsi memori manakala cermin pandang belakang dan sisi dilengkapi sistem antisilau automatik.

Ia juga datang dengan sistem multimedia BMW Live Cockpit Professional dengan paparan digital bersaiz 12.3 inci dan sistem BMW Navigation System Professional bersaiz 10.25 inci.

BMW 3 Series lebih panjang.
BMW 3 Series lebih panjang.

Ia didatangkan dengan pilihan warna putih mineral dan hitam karbon. Ruang dalamannya pula kemasan lapisan kulit Vernasca Mocha.

Untuk pasaran Malaysia, BMW 330Li M Sport dijual pada harga RM300,800 (atas jalan tanpa insurans) dengan jaminan pengeluar lima tahun tanpa had

perbatuan serta program penyelenggaraan berjadual percuma.

RUANG kabin elegan dengan sentuhan sporty.
RUANG kabin elegan dengan sentuhan sporty.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Mei 2021 @ 6:40 AM