GAYA kompak prestasi AMG.
GAYA kompak prestasi AMG.
Lizam Ridzuan

Selepas kejayaan model kompak Mercedes-AMG tahun lalu, Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan pula edisi kemas kini Mercedes-AMG A 45 S 4Matic+ sebagai pengganti model Mercedes-AMG A 45 S 4Matic+ Edition 1.

Antara pembaharuan yang diketengahkan ialah kemasan rekaan luaran yang kini dilengkapi gril ciri khusus AMG.

Selain itu, ia juga dipadankan dengan sistem brek prestasi tinggi AMG, angkup brek merah dan rim aloi lima jejari 19 inci hitam AMG.

Menerusi pakej AMG Night seperti model terdahulu, ia datang dengan elemen kehitaman dan hitam berkilat pada beberapa bahagian.

Ia diserlahkan pada 'splitter' dan kemasan hadapan, panel sil, kemasan jaluran 'beltline' pada tingkap dan perumah cermin sisi daripada AMG.

REKAAN belakang dengan ciri aerodinamik.
REKAAN belakang dengan ciri aerodinamik.

Kemasan belakang aero AMG, paip ekzos dwiberkembar dan bahagian apron dengan kemasan hitam berkilat menyerlahkan penampilan sporty.

Ruang kabinnya cukup mewah malah penuh dengan karakter AMG.

Antara yang terbaharu, Mercedes-AMG A 45 S 4Matic+ ini didatangkan dengan Paparan Head-Up bagi pemandu lebih fokus pada pemanduan.

Ia dikuasakan dengan enjin 2.0 liter yang mampu menjana 421 kuasa kuda (hp) pada 6,750 rpm dan tork 500Nm pada 5,000 hingga 5,250 rpm.

ENJIN 2.0 liter pengecas turbo paling berkuasa.
ENJIN 2.0 liter pengecas turbo paling berkuasa.

Enjin bagi model ini adalah yang paling berkuasa untuk model empat silinder pengecas turbo dalam siri pengeluaran kenderaan.

Ia mampu memecut daripada sifar ke 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 3.9 saat manakala kelajuan maksimumnya sehingga 270km/j.

 RUANG dalaman kemasan AMG.
RUANG dalaman kemasan AMG.

Dua pilihan warna ditawarkan iaitu Sun Yellow dan Designo Mountain Grey Magno.

Untuk pasaran Malaysia, Mercedes-AMG A 45 S 4Matic+ dijual pada harga RM437,673 (atas jalan tanpa insurans).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 April 2021 @ 7:00 AM