PEMENANG kempen '1 Million Dreams'.
PEMENANG kempen '1 Million Dreams'.
Lizam Ridzuan
lizamridzuan@hmetro.com.my


SEMPENA meraikan jualan unit kesejuta kenderaan Honda di negara ini, Honda Malaysia menganjurkan kempen '1 Million Dreams Grand Finale' di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Acara dua hari itu dimeriahkan dengan program ala 'funfair' dengan pematuhan standard operasi (SOP) yang ketat.

Antaranya, setiap permainan akan disanitasi setiap dua jam dan untuk aktiviti dalaman ia disanitasi setiap sejam selain pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal dilakukan sepanjang masa.

Antara permainan yang disediakan ialah Ferris Wheel, Merry-Go-Round, Bumper Cars dan Paratrooper Ride.

Bukan itu saja, pengunjung turut menerima hadiah percuma.

Selain itu, empat pemenang bertuah yang membawa pulang Honda Jazz edisi khas turut diumumkan.

Antara pemenangnya ialah Shahrul Rezza Abdul Razak yang juga anggota polis.

Beliau termasuk dalam kategori petugas barisan hadapan dan kategori ini diwujudkan khas bagi menghargai pengorbanan golongan itu.

SHAHRUL memenangi Honda Jazz.
SHAHRUL memenangi Honda Jazz.

Tiga lagi pemenang iaitu Chuah Sze Yong membawa pulang Honda Civic, Lim Lye-Gaik (CR-V Baharu) dan Abdul Hakim Mohd Radzi yang menerima Honda Accord.

Tiga unit edisi khas lain iaitu BR-V, City Serba Baharu dan HR-V akan diserahkan kepada rakan penaja iaitu Cuckoo, Shopee serta Watson untuk memilih pemenang masing-masing.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, jualan satu juta unit adalah satu pencapaian penting untuk syarikat sejak 2001.

"Pelbagai model dan teknologi baharu diperkenalkan untuk pasaran, ia diterima baik oleh pelanggan dan Honda menjadi pendahulu segmen di negara ini,

"Model popular seperti City, Civic dan CR-V menyumbang sebanyak 37, 15 serta 11 peratus untuk mencapai jualan satu juta unit ini," katanya.

ACARA ‘funfair’ secara percuma kepada pengunjung.
ACARA ‘funfair’ secara percuma kepada pengunjung.

Honda Malaysia secara rasmi memulakan jualan sejak 2001 dan pada 2003, barisan pertama pemasangan kenderaan dibangunkan di kilang Honda di Pegoh, Melaka seterusnya membawa kepada pembukaan barisan pemasangan kedua.

Ini membolehkan lebih banyak model pemasangan tempatan (CKD) dilakukan di sana, antaranya Accord, CR-V Baharu, Civic, HR-V, City Serba Baharu, Jazz dan BR-V.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 April 2021 @ 6:16 AM