Lizam Ridzuan


JIKA mengambil kira aspek kos penyelenggaraan, sudah pasti ia tinggi sedikit bagi skuter automatik berbanding segmen moped atau 'Cub'.

Namun jika melihat daripada sudut praktikal, selesa dan keseronokan menunggang, kos selenggara bukan isu yang menjadi batasan.

Vroom minggu ini berkesempatan menunggang uji skuter Yamaha NMax Baharu yang dilancarkan pada hujung 2020. Ia skuter generasi kedua selepas diperkenalkan pada 2016.

Yamaha NMax Baharu menawarkan bukan sahaja aspek sentuhan prestasi malah gaya menarik serta ranggi.

REKAAN baharu bergaya.
REKAAN baharu bergaya.

Melihat kepada rekaan luaran, walaupun mengekalkan DNA yang sama, terdapat beberapa pembaharuan menjadikan ia tampil lebih bergaya.

Ia juga mempunyai iras 'abangnya' iaitu Yamaha XMax 250cc.

Paling menarik perhatian ialah lampu hadapan yang diberi rekaan baharu dengan enam mentol LED untuk pencahayaan lebih baik.

Empat mentol untuk pancaran rendah dan dua mentol untuk pancaran tinggi sesuai bagi perjalanan dalam cuaca gelap.

Ia juga tampil menyerlah dengan lampu nyalaan siang (DRL) yang dipadankan dengan rekaan panel hadapan baharu.

Bahagian belakangnya tampil dengan lampu LED empat jalur dengan ciri tiga dimensi.

Yamaha NMax juga dilengkapi ciri lampu kecemasan bagi menambah elemen keselamatan di atas jalan raya.

POSISI menunggang santai.
POSISI menunggang santai.

Ruang lantai kaki juga lebih lebar berbanding generasi sebelumnya, sesuai untuk perjalanan sama ada dalam bandar atau jarak jauh.

Ia disertakan dengan panel meter LCD digital penuh baharu untuk kemudahan maklumat perjalanan seperti tahap bahan api, jarak perjalanan, odometer, suhu dan purata penggunaan bahan api.

Pada bahagian pemegang, selain butang penghidup enjin, ia didatangkan antaranya dengan suis lampu kecemasan, hon serta butang mula dan henti.

Ia juga dilengkapi soket 12 voltan pada laci simpanan terbuka yang boleh digunakan untuk mengecas telefon bimbit, namun perlu ada 'adapter' untuk tujuan itu.

RUANG simpanan 23.3 liter.
RUANG simpanan 23.3 liter.

Pada bahagian konsol hadapan, laci simpanan berpenutup bagi menyimpan barangan kecil turut disediakan.

Tangki bahan api juga ditambah menjadi 7.1 liter. Ruang simpanan bawah tempat duduk yang bersaiz 23.3 liter juga boleh memuatkan satu topi keledar berpenutup penuh.

Selain itu, Yamaha NMax Baharu disertakan dengan dua penyangkut topi keledar sebagai opsyen jika ruang simpanan dipenuhi barangan.

Yamaha NMax Baharu dilengkapi enjin 155cc Blue Core, SOHC, sejukan cecair dengan transmisi CVT.

Ia menjana 15.4PS pada 8,000 rpm dan tork 13.9Nm pada 6,000 rpm serta kelajuan maksimum sehingga 125 kilometer/sejam (km/j).

Ia digabungkan dengan Unit Kawalan Penjana Permulaan bersepadu dengan Sistem Penjana Motor Pintar yang menghasilkan bunyi enjin lebih senyap saat dihidupkan.

ENJIN 155 cc dengan VVA.
ENJIN 155 cc dengan VVA.

Melalui Penggerak Injap Pembolehubah (VVA), ia mengekalkan kuasa skuter pada sebarang kelajuan serta menjadikan ia sentiasa responsif sebaik pendikit dipulas.

Penulis mencubanya pada laluan bandar dan ia cukup menyeronokkan kerana mudah untuk 'menyelit' dan meluncur tanpa perlu menukar gear.

Selain itu, pada laluan lebuh raya, ia juga memberi kelancaran berterusan dan tiada masalah untuk memintas kenderaan pada julat kelajuannya.

Secara keseluruhan, Yamaha NMax Baharu ini menawarkan skuter bersaiz ideal buat mereka yang mahukan sebuah jentera harian dengan ciri praktikal.

Sesuai untuk perjalanan dekat atau jauh, dengan tangki bahan api penuh, Yamaha NMax Baharu

mampu menjangkau perjalanan sejauh 140km, bergantung kepada corak tunggangan.

 KUNCI bersepadu dan laci simpanan.
KUNCI bersepadu dan laci simpanan.

Namun jika tunggangan lebih berhemah, sudah pasti jarak perbatuan juga meningkat.

Untuk perjalanan jauh juga bukan satu masalah, dengan memasang tambahan kotak simpanan pada bahagian belakang (yang dijual di kedai aksesori motosikal), ia Penulis sentiasa berpendapat membeli skuter bukanlah untuk tujuan berapa kelajuan tertinggi boleh dicapai, tetapi lebih kepada tujuan menikmati suasana perjalanan itu.

Namun jika dibandingkan dengan Indonesia, NMax di sana memiliki lebih banyak ciri termaju seperti sistem kunci pintar, meter ketersambungan ke telefon pintar serta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

METER LCD digital penuh.
METER LCD digital penuh.

Mungkin pihak Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) sebagai pemasang dan pengedar utama motosikal Yamaha di negara ini akan memperkenalkannya dalam edisi peningkatan akan datang namun sudah pasti harganya juga meningkat.

Untuk pasaran Malaysia, dua pilihan warna ditawarkan iaitu kelabu Yamaha dan merah Matt.

Yamaha NMax Baharu dijual pada harga RM8,998 (atas jalan tanpa insurans) dengan jaminan dua tahun, atau 20,000km yang mana lebih dahulu.

SKUTER gaya ranggi.
SKUTER gaya ranggi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 April 2021 @ 6:15 AM