HONDA Malaysia hulur sumbangan pelitup muka dan komputer riba.
HONDA Malaysia hulur sumbangan pelitup muka dan komputer riba.
Oleh Lizam Ridzuan

 

 

HONDA Malaysia mengambil insiatif membantu rakyat Malaysia dalam tempoh mencabar ini yang terjejas dengan wabak Covid-19 dan bencana banjir.

  Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Ekeskutifnya Toichi Ishiyama berkata mereka mengedarkan keperluan membabitkan komputer riba, pelitup muka, pelindung muka dan 'Kit Keselamatan Banjir' baru-baru ini di lokasi terpilih.

  "Pandemik ini memberi cabaran buat pelajar dalam memastikan pengajian meraka diteruskan terutama daripada golongan berpendapatan rendah,

 "Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) memerlukan alatan seperti komputer dan ia memberi kesan buat mereka dengan akses yang terhad untuk peranti serta teknologi dan diharap sumbangan ini memberi suntikan motivasi kepada pelajar terbabit meneruskan pembelajaran,"katanya.

  Selain komputer riba, Honda Malaysia turut menyediakan 500 kotak pelitup muka di 20 buah sekolah di Melaka dengan masing-masing menerima 1,000 unit setiap satu untuk diagihkan kepada pelajar sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

  Juga sebagai syarikat yang ingin sentiasa membantu komuniti dengan semangat "Together As One" sebanyak 1,000 pelindung muka turut diagihkan buat petugas barisan hadapan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah dan 500 Kit Keselamatan Banjir di Pekan, Pahang buat yang terjejas dengan bencana itu.

  Semua usaha dan proses yang dilakukan Honda Malaysia adalah mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Februari 2021 @ 10:19 PM