TAMPIL elemen rekaan lebih menarik.
TAMPIL elemen rekaan lebih menarik.
Lizam Ridzuan


RUANG dalaman luas, selesa dan elemen premium dipertingkat antara ciri utama model Nissan NV300 Baharu yang diperkenalkan untuk pasaran Eropah.

Ia juga adalah barisan kenderaan komersial ringan (LCV) terkini Nissan yang memenuhi piawaian enjin Euro 6D.

Ia juga tampil dengan sentuhan rekaan lebih kemas.

Rekaan luaran menyerlahkan ciri keteguhan dan dinamik dengan gril hadapan corak 'interlock'.

Ia antara elemen signatur terbaharu untuk segmen ini yang diperkenalkan pada model NV400 tahun lalu.

Selain itu, lampu hadapan LED dan ciri lampu nyalaan siang (DRL) serta rim aloi 17 inci antara elemen terkini yang ditawarkan.

Ruang dalaman diberi sentuhan lebih segar dengan konfigurasi tempat duduk sama ada untuk lima, enam, lapan atau sembilan penumpang.

Papan pemukanya dilengkapi butang krom satin malah skima warna sentuhan gentian karbon tampil premium.

PAPAN pemuka dengan butang krom satin.
PAPAN pemuka dengan butang krom satin.

Ruang storan ditambah 88 liter dan ia antara yang terbaik dalam pasaran.

Untuk sistem infotainmen, ia lengkap dengan skrin sesentuh bersaiz lapan inci 'terapung' Nissan Connect untuk paparan pelbagai maklumat selain ketersambungan Apple CarPlay atau Android Auto dan telefon pintar.

Selari dengan elemen keteguhannya, NV300 turut menerima Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang meliputi ciri seperti Amaran Titik Buta dan Amaran Keluar Lorong.

RUANG barangan luas kelebihan utama model ini.
RUANG barangan luas kelebihan utama model ini.

Ia dikuasakan enjin 2.0L dCi diesel dengan tiga pilihan kuasa kuda dengan 110 hp (transmisi manual (MT), 150 hp (MT dan automatik (AT) dan 170 hp (AT).

Selain mematuhi piawaian tertinggi, ia juga didatangkan dengan ciri pengecas turbo geometri boleh ubah yang turut meningkatkan keupayaan tork maksimum sehingga 380Nm.

Pengurus Besar Jualan Korporat dan LCV Nissan Eropah, Dmitry Busurkin berkata, model NV300 sememangnya adalah model versatil 'combi' untuk mereka yang mempunyai ahli keluarga ramai atau sebagai kenderaan penumpang profesional.

"NV300 penuh dengan ciri pintar untuk mobiliti keluarga. Ia menawarkan ruang luas, selesa dan kemudahan ciri praktikal.

KONFIGURASI tempat duduk fleksibel.
KONFIGURASI tempat duduk fleksibel.

"Ia bukan saja selesa untuk pemanduan malah lengkap dengan sistem keselamatan termaju untuk perlindungan menyeluruh penumpang," katanya.

Untuk pasaran Eropah, Nissan NV300 Baharu ditawarkan dengan jaminan lima tahun atau 160,000 kilometer (km).

Ia akan mula berada di pasaran pada Mei ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Februari 2021 @ 6:00 AM