PAMERAN Maya produk tayar motosikal Michelin.
PAMERAN Maya produk tayar motosikal Michelin.
Lizam Ridzuan


SEPANJANG tempoh pandemik ini, pelbagai jenama mengambil inisiatif dalam memperkenalkan produk terbaharu mereka secara dalam talian dan tidak terkecuali pengeluar tayar terkemuka dunia.

Baru-baru ini, Pameran Maya Tayar Motosikal Michelin dengan platform 360 darjah lengkap disediakan khusus buat pengguna melihat dengan dekat dan terperinci produk terbaharu mereka.

Ia meliputi lima bahagian dengan setiap satu direka untuk mengetengahkan sejarah tayar motosikal unik daripada pelbagai aspek iaitu:

1. Teknologi Tayar - memperincikan teknologi canggih dimiliki Michelin termasuk penyelidikan dan pembangunan di sebalik jenama ini.

2. Tayar Motosikal Michelin - menyediakan maklumat yang diperlukan untuk semua jenis tayar yang ditawarkan Michelin termasuk senarai pengedar mengikut negara.

1. Pengalaman MotoGP - hubungan yang terjalin di antara Michelin dan siri MotoGP, pelumba dan video perlumbaan.

2. Peralatan Tulen Tayar Motosikal - memaparkan kekuatan usaha sama Michelin dengan pengeluar motosikal dunia melalui pelbagai model yang dipadankan dengan jenama ini.

3. Pengalaman Tunggangan - menunjukkan bagaimana para penunggang di seluruh dunia merasai prestasi tayar keluaran Michelin.

CIRI interaktif.
CIRI interaktif.

Semua kandungan disediakan dalam bahasa Inggeris, Thai, Indonesia, Jepun, Korea dan Vietnam serta pengguna yang pertama kali melayari hanya perlu mendaftarkan alamat e-mel sebelum memasuki ruang pameran itu.

Pengarah Komersial Dua Roda Michelin Untuk Asia, Ross Sheild berkata, tujuan pameran maya ini ialah untuk memperlihatkan teknologi serta produk yang ditawarkan di Asia dan seluruh dunia yang kini boleh disaksikan dari kediaman masing-masing.

"Ia juga meliputi dunia perlumbaan dan hubungan dengan jenama pengeluar serta peneraju industri motosikal seperti Harley-Davidson, Honda dan Yamaha yang juga tunjang kekuatan jenama ini," katanya.

Pameran Maya Tayar Motosikal Michelin akan diadakan sehingga 28 Februari ini di https://motorcycletyreexhibithall.michelin.asia/.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Februari 2021 @ 6:14 AM