THEMATBIKERS satukan minat ahli keluarga.
THEMATBIKERS satukan minat ahli keluarga.
ANTARA motosikal TheMatBikers.
ANTARA motosikal TheMatBikers.
Lizam Ridzuan


AKTIVITI permotoran sememangnya mempunyai pelbagai elemen keseronokan untuk dilalui dan tambah menarik sekiranya dilakukan bersama ahli keluarga.

Antara kumpulan yang menjadikannya ktiviti keluarga ialah 'TheMatBikers' yang mengumpulkan barisan adik-beradik dan anak saudara.

Ia ditubuhkan pada 14 Januari 2018 di Kampung Sri Azam, Tapah, Perak. Pada asalnya, hanya beberapa ahli keluarga yang menunggang motosikal.

Lama-kelamaan ia bertambah dan kini mengumpul lebih 15 penunggang motosikal yang kebanyakannya berkuasa 250cc ke bawah.

Meskipun masing-masing bertugas di serata negara, semangat kekeluargaan yang erat menjadikan mereka aktif menganjurkan pelbagai aktiviti bersama terutama konvoi.

Jurucakap TMB, Zubir Mat berkata, antara kelebihan TheMatBikers ialah, seorang daripada ahli yang juga anak saudaranya adalah juruteknik motosikal profesional yang berkebolehan menyelenggara motosikal dan memiliki bengkel sendiri di Rawang, Selangor.

KETIKA majlis perkahwinan seorang ahli TheMatBikers.
KETIKA majlis perkahwinan seorang ahli TheMatBikers.

"Selain membantu dalam pembaikan dan servis, ia juga dapat menjimatkan kos baik pulih termasuk kerosakan terutama ketika sedang berkonvoi.

"Kami juga akan memeriksa motosikal dengan bantuannya untuk setiap motosikal sebelum memulakan perjalanan jarak jauh demi keselamatan semua," katanya.

Buat masa ini, TheMatBikers pernah berkonvoi dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan, mereka merancang ke beberapa lokasi lain.

Selain itu, antara aktiviti yang menjadi kenangan ialah seorang daripada ahlinya melangsungkan perkahwinan baru-baru ini dan TheMatBikers berperanan sebagai pengiring kenderaan pengantin bagi memeriahkan majlis.

KONVOI dengan selamat.
KONVOI dengan selamat.

"Kami sentiasa mengamalkan tunggangan selamat dengan mematuhi peraturan jalan raya dan mahu menjadi contoh kepada masyarakat," katanya yang juga bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

AKTIVITI mengiringi kenderaan pengantin.
AKTIVITI mengiringi kenderaan pengantin.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Disember 2020 @ 6:15 AM