REKAAN kerusi dengan fabrik baharu.
REKAAN kerusi dengan fabrik baharu.
REKAAN hadapan dengan gril signatur.
REKAAN hadapan dengan gril signatur.
Lizam Ridzuan


PROTON Saga terus kekal model terlaris jenama Proton yang terjual lebih empat juta unit sejak diperkenalkan pada 1985.

Model Saga Baharu yang diperkenalkan pada 2019 ini tampil dengan kemasan lebih elegan terutama untuk varian premium.

Vroom memandu uji model itu baru-baru ini bagi menilai prestasi enjin dan perincian lain yang ditawarkan sebagai antara kenderaan sedan segmen-A mampu milik di negara ini.

Melihat kepada rekaan luaran, meskipun ia model permulaan, namun tampil dengan bampar dan gril hadapan baharu.

Ia hadir dengan sentuhan rekaan 'Infinite Weave' yang juga ciri signatur yang mula ditawarkan pada model Iriz dan Persona seterusnya X70 serta X50.

Untuk varian premium, ia didatangkan dengan lampu nyalaan siang (DRL) LED tampil jelas, namun ia akan terpadam sebaik lampu utama halogen dihidupkan.

PADANAN rim aloi 15 inci.
PADANAN rim aloi 15 inci.

Pada bahagian belakang, ia diperkemaskan dengan bampar baharu yang direka dengan ideal.

Ia didatangkan dengan kemasan krom dan perkataan Proton merentasi bahagian pembuka but.

Ia juga didatangkan dengan spoiler belakang yang bersepadu dengan pintu but boleh dibuka dengan kunci kawalan jauh selain tampil menawan melalui rekaan baharu rim aloi 15 inci.

Saga ini juga menerima sentuhan cermin sisi elektrik dengan lampu membelok LED bagi ciri kenderaan premium.

BAHAGIAN belakang kemas dan elegan.
BAHAGIAN belakang kemas dan elegan.

Menjengah ke ruang kabin, ia diserlahkan dengan tempat duduk dan fabrik baharu.

Namun fokus utama sudah pasti sistem infotainmen bersaiz tujuh inci 'terapung' dengan skrin sesentuh disertai ketersambungan telefon pintar melalui Bluetooth dengan storan dalaman 16GB.

Saga tidak didatangkan dengan fungsi Hi Proton! Namun skrin dilengkapi paparan kamera undur bagi kemudahan parkir, cuma resolusinya tidak tinggi.

Lampu 'peta' LED baharu di atas cermin pandang belakang juga lebih terang, namun hanya tertumpu pada bahagian hadapan.

RODA stereng dengan fungsi menjawab telefon.
RODA stereng dengan fungsi menjawab telefon.

Kemasan bumbung dalaman dengan pemegang genggaman boleh lipat juga antara ciri baharu selain pelindung matahari dengan pemegang kad dan cermin.

Untuk pemandu, ia didatangkan dengan roda stereng kuasa hidraulik boleh laras ke atas dan bawah sahaja dengan kombinasi meter analog dan digital serta indikasi ECO untuk pemanduan lebih efisien.

Kerusi belakang juga selesa dan ia boleh direbahkan untuk lebih ruang muatan.

Untuk pemanduan, ia didatangkan dengan enjin 1,332cc DOHC empat silinder VVT yang menjana 95PS pada 5,750 rpm dan tork 120Nm pada 4,000 rpm.

ENJIN 1.3 liter.
ENJIN 1.3 liter.

Model Saga ini juga didatangkan dengan kotak gear empat kelajuan automatik baharu menggantikan CVT pada model terdahulu untuk lebih kelancaran dan penggunaan bahan api ideal.

Untuk lebih prestasi, ia didatangkan dengan mod sport yang menawarkan tork lebih tinggi, sesuai untuk pecutan jarak pendek.

Paling menarik, untuk model Proton, sudah pasti pengendalian terbaik ditawarkan.

Ia dapat dirasakan penulis terutama pada kelajuan tinggi dan selekoh dengan topang hadapan MacPherson dengan penstabilan serta torsion beam pada bahagian belakang.

KEMASAN panel tengah butang pendingin hawa.
KEMASAN panel tengah butang pendingin hawa.

Untuk berhenti dengan selamat, ia didatangkan dengan brek cakera pada bahagian hadapan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan gelendong pada belakang.

Sistem keselamatan, ia antaranya dilengkapi Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Bantuan Kawalan Cerun dan Bantuan Brek (BA).

Secara keseluruhan, Proton Saga Baharu2019 ini menyerlahkan ciri kematangan rekaan yang didatangkan dengan gaya lebih premium.

Ia turut menerima anugerah empat bintang untuk Program Pemeriksaan Kereta Baru ASEAN NCAP serta kotak gear yang mengurangkan kebisingan, getaran dan kekasaran (NVH).

PAPAN pemuka dengan skrin ‘terapung’.
PAPAN pemuka dengan skrin ‘terapung’.

Kapasiti bahan api 40 liter membolehkan ia bergerak sejauh 400km bergantung kepada corak dan gaya pemanduan.

Ruang dalaman Saga selain lebih elegan, juga didatangkan dengan penapis udara N95 untuk kesegaran udara dalam kabin.

Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Putih Snow, Perak Armour, Kelabu Jet (seperti unit pandu uji ini), Maroon Rosewood dan Merah Ruby.

Model ini dijual pada harga RM32,400 (Standard MT), RM35,300 (Standard AT) dan RM39,300 (Premium AT) (harga atas jalan tanpa insurans dengan pengecualian cukai jualan) dengan jaminan lima tahun pengeluar atau 150,000km.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Disember 2020 @ 6:10 AM