Lizam Ridzuan


REKA bentuk klasik dengan penggayaan asas sudah cukup membuatkan motosikal ini mencuri tumpuan khalayak.

Vroom kali ini berpeluang menunggang uji Royal Enfield Interceptor 650 yang diperkenalkan ke pasaran tempatan pada awal 2019. Ia bukan saja jenama 'rare' malah mempunyai peminat tersendiri.

Model ini pernah dikeluarkan sekitar 1960-an sebelum pengeluarannya dihentikan pada 1970-an.

Pada 2018, ia dilancarkan kembali untuk pasaran global melalui dua varian iaitu seperti yang ditunggang uji ini dan Continental GT 650 berciri cafe-racer.

Mengekalkan elemen vintaj dan klasik, motosikal ini menyerlah dengan padanan krom serta perak pada bahagian rekaannya termasuk padanan hitam dan rim jejari.

Kerangka Double Cradle dengan besi bulat adalah asas penting jentera ini yang dilengkapi suspensi hadapan 41 milimeter (mm) dan travel 110mm serta bahagian belakang 88mm dengan penyerap hentakan spring berkembar boleh laras.

CIRI klasik serlah rekaan.
CIRI klasik serlah rekaan.

POSISI menunggang santai.
POSISI menunggang santai.

Penulis menggemari adunan yang terdapat pada model ini terutama lampu hadapan bulat, tangki bahan api 13.07 liter dan pelana rata yang selesa membuatkan tunggangan sangat menyeronokkan.

Pada masa sama, pemegangnya tidak terlampau lebar. Meter analog dan digital untuk tahap bahan api serta trip perjalanan direka ringkas, namun sudah memadai.

Paling menyerlah sudah pasti dua saluran ekzos, ia ciri yang terdapat pada model klasik, namun tampil dengan sedikit sentuhan moden dengan adanya radiator.

PANEL meter analog dan digital.
PANEL meter analog dan digital.

ELEMEN krom tampil elegan.
ELEMEN krom tampil elegan.

Ia juga dilengkapi brek cakera bersaiz 320mm di hadapan dan 240mm di belakang dengan angkup ByeBre serta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) bagi keselamatan membrek dengan lebih cekap.

Penulis berkesempatan menunggang jentera ini ke Ipoh, Perak.

Ipoh adalah lokasi yang dilihat sesuai untuk padanan model selain ia bandar terkenal dengan gaya retronya.

Melalui enjin 648cc silinder berkembar selari SOHC empat lejang sejukan udara dan cecair suntikan bahan api, motosikal ini menjana 47hp pada 7,100 rpm dan tork 52Nm pada 4,000 rpm.

Melalui transmisi manual, kelajuannya boleh mencecah lebih 160 kilometer/sejam (km/j), namun tamparan angin agak kuat membuatkan penulis lebih selesa pada kelajuan 130kmj dan 40kmj.

Namun ia boleh diatasi dengan pemasangan cermin pelindung angin sebagai aksesori tambahan yang akan melihatkan ia tambah lebih menarik.

POSISI menunggang santai.
POSISI menunggang santai.

Perjalanan pula amat mengujakan dan pada kelajuan sederhana, kami yang melalui ja

lan kampung berpeluang menyaksikan suasana persekitaran nyaman serta segar.

Walaupun santai, jentera ini juga cukup berprestasi terutama ketika melayan selekoh dengan saiz tayar belakang 130/70 dan hadapan 100/90, ia memberikan kestabilan yang baik.

Jika membawa pembonceng, suspensi belakang boleh dilaras secara manual bagi disesuaikan dengan muatan untuk prestasi lebih meyakinkan.

Tangki bahan api penuh mampu menjangkau sehingga 200km dengan penggunaan sekitar 25.5km untuk setiap liter, namun bergantung kepada corak tunggangan dan muatan motosikal.

Secara keseluruhan, Royal Enfield Interceptor 650 ini menawarkan gaya malar segar dan pada masa sama tampil keunikan.

WARNA dan corak tangki serlah gaya vintaj.
WARNA dan corak tangki serlah gaya vintaj.

RADIATOR sejukan angin dan cecair.
RADIATOR sejukan angin dan cecair.

Sama ada santai atau prestasi dengan enjin 650cc, ia mampu melaksanakan 'misinya' dan pada masa sama, menyerlahkan elemen kelasakan dengan kelegaan tanah pada sekitar 174mm.

Jentera ini juga mudah dikawal dan penulis cepat menyesuaikan diri dengan keadaan posisi serta gaya tunggangan malah sesuai digunakan sama ada dalam bandar atau perjalanan jarak jauh apabila enjinnya tidak terlalu membahang ketika kelajuan perlahan.

NAMA model pada bahagian sisi.
NAMA model pada bahagian sisi.

Malah dengan penggayaan pakaian dan fesyen yang bersesuaian, anda pasti dapat mengimbau kembali kenangan zaman ala kolonial dengan motosikal ini.

Untuk pasaran Malaysia, Royal Enfield Interceptor 650 dijual pada harga bermula RM45,270 (standard) selain dua lagi pilihan iaitu kustom dan istimewa membabitkan tambahan harga RM300 serta RM600.

Ia juga didatangkan dengan jaminan tiga tahun tanpa had perbatuan dan bantuan jalanan serta enam pilihan warna menarik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2020 @ 6:35 AM
BAHAGIAN belakang ringkas.
BAHAGIAN belakang ringkas.