Lizam Ridzuan

 

 

Kuala Lumpur: Nissan Almera Turbo Serba Baharu bakal menjengah ke pasaran tempatan pada Oktober hadapan menampilkan rekaan dan enjin terkini serta ciri keselamatan terbaik melalui pengedar utamanya Edaran Tan Chong Motor (ETCM).

  Vroom berkesempatan hadir ke sesi prebiu dan pandu uji media yang diadakan di Pusat 4S Nissan Glenmarie, Shah Alam untuk melihat dengan lebih dekat ciri dan pengendalian yang ditawarkan.

  Model serba baharu ini didatangkan dengan enjin 1.0 liter pengecas turbo DOHC, transmisi X-Tronic CVT generasi akan datang sebagai ciri standard dengan kuasa kuda 100 PS pada 5,500 rpm dan tork 152Nm pada 2,400 hingga 5,000 rpm.

  Tangki bahan api 35 liter menggunakan sekitar 18.4 kilometer (km) untuk setiap liter mampu menjangkau perjalanan sehingga 650km.

  Rekaan luaran ciri signatur seperti gril hadapan V-Motion, lampu hadapan bentuk boomerang LED, lampu nyalaan siang (DRL) dan lampu kabus.

  Ciri sporty diserlahkan dengan spolier belakang dan rim aloi 15 atau 16 inci (bergantung varian) dan bumbung profil rendah gaya 'terapung'.

  Ruang dalaman dengan roda stereng 'flat bottom', kerusi semi-bucket graviti sifar, pemain multimedia bersaiz lapan inci, Paparan Bantu Pemandu Termaju (ADAD) bersaiz 7 inci dan tiga pengecas USB turut disertakan.

  Ruang kargo 482 liter, kerusi belakang jatuhan 60:40, kemasan krom, hitam piano dan corak gentian karbon adalah gaya terkini yang ditampilkan.

  Ciri keselamatan termaju dengan Mobiliti Pintar Nissan dan Perlindungan Keselamatan 360 Nissan seperti beg keselamatan SRS, Kawalan Dinamik Kenderaan, Sistem Kawalan Cengkaman, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pengagihan Tenaga Brek Elektronik dan banyak lagi.

  Terdapat enam pilihan warna dengan tiga warna baharu iaitu Merah Radiant, Oren Monarch, Kelabu Metal Gelap serta Hitam Diamond, Putih Briiliant dan Perak Tungsten.

  Tempahan kini dibuka melalui tiga varian ditawarkan iaitu 1.0T  VL, 1.0T VLP dan 1.0T VLT yang dianggarkan harga jualannya di antara RM80,000 ke RM99,999 termasuk lima tahun waranti tanpa had perbatuan.

 

Pengarah Jualan dan Pemasaran Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Christopher Tan (kiri) dan Timbalan Pengurus Besar Bahagian Perancangan Produknya, Kang Hean Lee bersama Nissan Almera Turbo Serba Baharu. FOTO Lizam Ridzuan
Pengarah Jualan dan Pemasaran Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Christopher Tan (kiri) dan Timbalan Pengurus Besar Bahagian Perancangan Produknya, Kang Hean Lee bersama Nissan Almera Turbo Serba Baharu. FOTO Lizam Ridzuan

 

  

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2020 @ 5:19 PM