Lizam Ridzuan

TEMPOH Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 28 April ini pasti menyebabkan banyak kenderaan persendirian tidak bergerak.

Vroom kali ini berkongsi beberapa panduan untuk memastikan kenderaan anda sentiasa dalam keadaan baik.

Selain memastikan kenderaan boleh dihidupkan, ia juga membantu mengurangkan masalah mekanikal jika enjin dibiarkan begitu sahaja tanpa dihidupkan bagi tempoh lama.

Ikuti lapan panduan ini:

1.Hidupkan enjin kenderaan setiap tujuh hari atau kurang sekitar 10 minit bagi memastikan bateri sentiasa berkuasa.

2.Pastikan pendingin udara dan sistem hiburan tidak dihidupkan untuk kuasa yang optimum.

3. Periksa tekanan tayar dan gerakkan kenderaan kenderaan ke hadapan dan belakang bagi mengelakkan tayar kempis.

4.Lepaskan brek tangan/kaki bagi mengelakkan ia tersekat dan sendal tayar dengan batu bata atau sebarang objek yang boleh menghalang kenderaan daripada bergerak.

LEPASKAN brek tangan atau kaki.
LEPASKAN brek tangan atau kaki.

PENGILAP cermin.
PENGILAP cermin.

5.Hidupkan pengelap cermin bagi mengelakkan ia melekat.

6.Lap bahagian papan pemuka dan bersihkan ruang dalaman serta keluarkan barangan yang tidak diperlukan untuk kebersihan.

7.Sembur pewangi udara untuk memastikan ruang dalaman kereta sentiasa segar dan harum.

8.Periksa juga di sekitar luaran badan kenderaan bagi melihat jika ada kerosakan yang boleh dibaiki selepas tempoh PKP.

#DudukRumah #StayAtHome #StaySafe

PERIKSA tekanan tayar.
PERIKSA tekanan tayar.

HIDUPKAN enjin untuk kekal kuasa bateri.
HIDUPKAN enjin untuk kekal kuasa bateri.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 April 2020 @ 6:15 AM