Lizam Ridzuan


REKAAN gaya pengembaraan untuk motosikal enjin saiz pertengahan menjadikan ia sesuai bagi pelbagai tujuan kehidupan.

Sama ada untuk perjalanan jauh atau tunggangan harian ke tempat kerja, motosikal permulaan untuk segmen ‘Adventure’ ini adalah pilihan yang ideal.

Honda CB500X mula diperkenalkan ke pasaran tempatan pada 2014 sebelum versi peningkatan ditawarkan pada 2017.

Vroom berkesempatan menunggang uji model 2019 yang diberi penambahan dan ciri baharu seterusnya menyerlahkan lagi gaya lasak dan sporty.

POSISI menunggang santai. FOTO Faiz Anuar
POSISI menunggang santai. FOTO Faiz Anuar

Melihat kepada reka bentuk luaran ia didatangkan dengan kerangka sedia kembara iaitu boleh disesuaikan untuk gaya tunggangan lebih mencabar pada laluan lasak.

Antara pembaharuan yang diberi berbanding model sebelumnya ialah ‘travel’ lebih panjang dengan 41 milimeter (mm) dan rim aloi 19 inci hadapan dan belakang 17 inci.

Elemen ini bagi memudahkan jentera ini melalui permukaan tidak rata atau pada laluan jalan raya tetap selesa dan prestasi.

Selain itu, reka bentuk lampu hadapan juga diberi sentuhan baharu sporty dengan LED penuh yang juga didatangkan dengan ciri lampu ‘flash’ seperti motosikal berkuasa lebih tinggi.

SESUAI untuk perjalanan jauh dengan tambahan ‘Box’.FOTO Faiz Anuar
SESUAI untuk perjalanan jauh dengan tambahan ‘Box’.FOTO Faiz Anuar

Lampu belakang dan isyarat juga dengan ciri LED yang juga dilengkapi lampu kecemasan (hazard light) selain secara manual ia juga akan menyala secara automatik jika berhenti secara mengejut.

Corak grafik dengan ‘fairing’ tangki rekaan baharu diserlahkan dengan pelindung angin lebih tinggi boleh laras secara manual.

PANEL meter LCD. FOTO Faiz Anuar
PANEL meter LCD. FOTO Faiz Anuar

Panel meter LCD pelbagai maklumat memudahkan penulis merancang perjalanan terutama jarak jauh.

Ia menyediakan meter rpm, kelajuan, kedudukan gear, jarak trip, suhu dan waktu dan jika ada ciri baki bahan api mengikut kilometer (km) adalah satu yang sangat membantu.

REKAAN lampu hadapan LED sporty. FOTO Faiz Anuar
REKAAN lampu hadapan LED sporty. FOTO Faiz Anuar

Penulis sempat menunggang motosikal ini ke Cameron Highlands melalui Simpang Pulai, Perak dari Kuala Lumpur.

ENJIN 471cc dwi-silinder lancar pada sebarang kelajuan.FOTO Faiz Anuar
ENJIN 471cc dwi-silinder lancar pada sebarang kelajuan.FOTO Faiz Anuar

Sama ada menempuhi lebuh raya atau laluan berselekoh, tanah tinggi atau mendatar enjin 471cc sejukan cecair DOHC dwi-silinder ini mengalirkan tenaganya dengan baik melalui kuasa 47PS pada 8,500 rpm dan daya tork 45Nm pada 6,500 rpm.

LAMPU belakang dan isyarat LED. FOTO Faiz Anuar
LAMPU belakang dan isyarat LED. FOTO Faiz Anuar

Kotak gear enam kelajuan memberi pengalaman dengan ‘Assist/Slipper’ klac plat basah pelbagai menjadikan urusan pertukaran gear lebih lancar.

Enjin ini juga adalah hasil kejuruteraannya yang diinspirasikan daripada model sportbike CBR600RR dan CBR1000RR dengan ‘crankshaft’, shaft utama dan countershaft yang sama dengan model empat silinder itu.

Posisi menunggang santai pada kedudukan pelana 830mm sememangnya menjadi kelebihan buat yang memiliki ketinggian sekitar 175 sentimeter (sm) ke atas.

SUIS penghidup enjin dan lampu kecemasan. FOTO Faiz Anuar
SUIS penghidup enjin dan lampu kecemasan. FOTO Faiz Anuar

Selain itu suspensi teleskopik hadapan dan belakang Prolink monoshock boleh laras bagi disesuaikan untuk membawa penumpang dan muatan pada ‘box’ serta permukaan jalan yang dilalui.

Untuk keyakinan menunggang, motosikal ini dilengkapi dengan brek cakera hadapan 310mm dan belakang 240mm hidraulik dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Secara keseluruhan Honda C500X ialah sebuah jentera serba boleh serta mudah dikendalikan buat penunggang baharu.

Sebagai model permulaan sebelum ke pilihan motosikal berkuasa lebih tinggi, ia juga menawarkan pengendalian yang mantap dengan jentera hanya seberat 196 kilogram (kg).

Kelegaan jarak tanah 180mm sesuai melepasi halangan mudah pada laluan lasak atau banjir kilat di tengah kota dan tangki bahan api sekitar 17.5 liter membolehkan ia bergerak sejauh 350km (bergantung muatan, jenis permukaan jalan dan berat penunggang).

Penulis menambah sendiri kotak dan tapak ‘box’ ketika sesi tunggang uji ini bagi disesuaikan dengan perjalanan jarak jauh dan jika ia ditambah dengan kotak sisi menyerlahkan lagi imej kembara motosikal ini.

Ia juga didatangkan dengan Sistem Keselamatan Pencucuhan Honda (HISS) untuk mengelakkan daripada kecurian dengan immobilizer yang akan mematikan enjin jika tidak dihidupkan dengan kunci yang sah.

Untuk pasaran Malaysia Honda CB500X ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Merah G

rand Prix, Putih Pearl Metalloid dan Hitam Metalik Mat Gun Powder.

Model import sepenuhnya (CBU) Thailand ini dijual pada harga RM36,099 (atas jalan tanpa insurans) adalah harga paling tinggi untuk varian Honda CB500 di negara ini dengan jaminan dua tahun atau 20,000km (yang mana lebih dahulu).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mac 2020 @ 7:00 AM