HONDA GL1800 Gold Wing.
HONDA GL1800 Gold Wing.
Lizam Ridzuan

MODEL motosikal berkuasa tinggi baharu diperkenalkan ke pasaran tempatan buat julung kalinya juga bagi pasaran Asia dan Oceania bagi 2020 oleh Boon Siew Honda (BSH).

Model itu ialah Honda CBR1000RR-R Fireblade SP, Honda GL1800 Gold Wing, Honda CRF1100L Africa Twin dan CFR1100L Africa Twin Adventure Sports.

Motosikal ‘supersport’ CBR1000RR-R Fireblade SP dijana enjin 1,000cc empat silinder sebaris direka dan dibangunkan melalui teknologi HRC dalam perlumbaan MotoGP.

Ia menjana 159Kw pada 14,500rpm dan tork maksimum sehingga 112.7Nm pada 12,500 rpm.

Kawalan Tork Boleh Pilih Honda (HSTC) juga disediakan untuk larasan sembilan tahap tork bagi disesuaikan dengan gaya tunggangan terutama di litar.

CBR1000RR-R Fireblade SP.
CBR1000RR-R Fireblade SP.

Honda CBR1000RR-R Fireblade SP dijual pada harga RM198,800 (atas jalan tanpa insurans).

Honda GL1800 Gold Wing yang juga jentera jelajah premium dengan enjin 1,800cc enam silinder sebaris turut diperkenalkan.

Pelbagai ciri terbaharu termasuk empat mod tunggangan disediakan iaitu Tour, Sport, Econ dan Rain yang dilengkapi HSTC dan Throttle By Wire (TBW) serta Sistem Brek Dwi Kombinasi (D-CBS).

Honda GL1800 Gold Wing dijual pada harga RM208,800 dengan satu pilihan warna iaitu Putih Pearl Glare.

Untuk Motosikal ‘adventure’ Honda CRF1100L Africa Twin dan Africa Twin Adventure Sports dengan pilihan kotak gear manual dan automatik, beratnya dikurangkan lima kilogram (kg).

CRF1100L Africa Twin Adventure Sports.
CRF1100L Africa Twin Adventure Sports.

Dijana enjin 1,084cc untuk kuasa 75kW dan tork maksimum 105Nm dengan pilihan mod tunggangan Off-road, Tour, Urban dan Grabel termasuk dua larasan individu disediakan (Africa Twin).

Untuk Africa Twin Adventure Sport, ia didatangkan dengan empat mod tunggangan iaitu Soft, Mid, Hard dan Off-Road dengan saiz roda hadapan 21 serta 18 inci pada belakang.

SISTEM kunci pintar Gold Wing.
SISTEM kunci pintar Gold Wing.

Honda CRF1100L Africa Twin-Manual dijual pada harga daripada RM98,888, CRF1100L Africa Twin Adventure Sports -Manual pada harga RM111,888 dan CRF1100L Africa Twin Adventure Sports - DCT pada harga RM117,888.

Semua model akan mula memasuki pasaran pada suku tahun kedua tahun ini di kesemua rangkaian pusat Honda Big Wing di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 January 2020 @ 6:00 AM