Lizam Ridzuan


EDISI ke-46 Tokyo Motor Show 2019 (TMS 2019) yang berlangsung baru-baru ini memperlihatkan Toyota Motor Corporation (Toyota) mengambil langkah dan pendekatan berbeza dalam mempamerkan produk terkini mereka.

Melalui konsep ‘Open Future’, tiada model kenderaan baharu yang dilancarkan kecuali konsep Mirai dan Yaris pasaran Eropah, sebaliknya mereka kini dalam proses revolusi daripada syarikat pengeluar kenderaan kepada penyedia mobiliti untuk semua.

Presiden Toyota Akio Toyoda berkata, mereka ke arah mengubah landskap syarikat kepada menyediakan perkhidmatan yang berkaitan kenderaan untuk keperluan penduduk dunia.

TAJUL bersama isteri, Nurul Syamieza yang dinikahi pada 10 Disember 2017.
TAJUL bersama isteri, Nurul Syamieza yang dinikahi pada 10 Disember 2017.

“Kenderaan elektrik, autonomi, ketersambungan dan perkongsian inovasi teknologi kini berkembang sangat pantas dan ia juga turut berlaku dalam industri automotif global.

“Transformasi perlu dilakukan dalam memastikan kami terus kekal bersaing dalam industri dengan pesaing baharu dan di sinilah permulaannya,” katanya pada ucaptama di ruang pameran Toyota di TMS 2019.

Ini semua diterjemahkan melalui acara Sukan Olimpik Tokyo dan Paralimpik 2020 dengan mencipta kenderaan bagi kemudahan pergerakan pengunjung termasuk golongan orang kurang upaya (OKU).

Melalui tema ‘Start Your Impossible’, Toyota menghasilkan kenderaan berasaskan teknologi baharu seperti kecerdasan pembuatan (AI) dan pemanduan autonomi pada model LQ menggunakan kuasa kenderaan bateri elektrik (BEV) Model empat tempat duduk ini membolehkan pemandu dan kenderaan berinteraksi dalam mewujudkan pergerakan lebih selamat dan pengalaman yang menarik.

TEKNOLOGI di TRI-AD.
TEKNOLOGI di TRI-AD.

Ia bakal menjadi kenderaan konvoi untuk acara larian obor Tokyo 2020 serta sebagai kenderaan pengiring acara maraton dan lain-lain yang bersesuaian.

Selain itu, model konsep kompak-ultra BEV juga dipertontonkan bagi mobiliti terbaharu untuk kemudahan pergerakan dijangka akan dilancarkan sekitar 2020 dan 2021.

Media juga berkesempatan menguji Toyota i-ROAD dengan konsep motosikal tiga roda dengan kelajuan maksimum 50 kilometer/sejam (km/j).

‘Walking Area BEV’ iaitu alat bantu pergerakan daripada jenis berdiri juga sempat diuji, yang mana ia sesuai bagi tujuan pengawasan dan pemeriksaan keselamatan.

Untuk versi duduk dan sambungan, kerusi roda cukup ideal buat mereka yang mempunyai masalah pergerakan pada kaki.

TOYOTA i-ROAD, konsep motosikal tiga roda.
TOYOTA i-ROAD, konsep motosikal tiga roda.

Model kompak-ultra BEV konsep untuk perniagaan turut dipamerkan iaitu pejabat bergerak yang menyediakan tiga mod iaitu ‘drive’, ‘office’ dan ‘relax’.

Kenderaan ‘Accessible People Mover’ (APM) pula digunakan sebagai mobiliti untuk atlet dan pengunjung melalui dua varian iaitu ‘basic’ dan ‘relief’.

Ia mampu membawa lima penumpang dalam satu masa serta ruang untuk memuatkan kerusi roda dan dua penumpang bagi ciri praktikal serta satu penumpang dan pengusung bagi varian relief.

Bergerak pada kelajuan 19km/j, ia mampu mencapai jarak perjalanan sehingga 100km dengan sekali cas menggunakan aliran kuasa 100 dan 200 voltan.

KONSEP Mirai generasi kedua.
KONSEP Mirai generasi kedua.

Toyota juga mencipta kenderaan autonomi e-Pallete berbentuk kiub dengan kapasiti 20 penumpang dan opsyen untuk empat kerusi roda dan tujuh penumpang (berdiri).

Media juga dibawa ke Institut Penyelidikan Toyota-Pembangunan Termaju (TRI-AD) yang membangunkan teknologi robotik, papan pemuka definisi tinggi, pemanduan autonomi, kecerdasan buatan serta Robot Sokongan Padang (FSR) untuk acara Tokyo 2020.

FSR digunakan bagi acara lontar peluru, lempar cakera, tukul besi dan melontar lembing yang mampu memuatkan barangan sehingga 16 kilogram (kg) pada kelajuan sekitar 20km/j dengan reka bentuk diambil daripada teksi Jepun dan e-pallete dikawal secara autonomi.

BAS Sora menggunakan sel tenaga hidrogen elektrik.
BAS Sora menggunakan sel tenaga hidrogen elektrik.

Selain itu, bas kuasa sel tenaga hidrogen dan elektrik-Sora digunakan membawa pengunjung dari dewan utama TMS2019 di Tokyo Big Sight.

Ia menampilkan ciri mesra alam dan OKU dengan jarak bas yang direka lebih hampir dengan pelantar.

Toyota turut memperkenalkan model konsep Toyota Mirai generasi kedua iaitu kenderaan sel tenaga hidrogen elektrik (FCEV) dengan emisi sifar.

Model yang diperkenalkan pada 2014 tampil dengan rekaan serta bateri sel serba baharu bagi meningkatkan pengalaman memandu jentera elektrik pacuan roda belakang.

ROBOT Sokongan Padang (FSR).
ROBOT Sokongan Padang (FSR).

Toyota e-Racer pula ialah simulasi elemen masa hadapan ‘fun to drive’ dengan pengalaman seakan-akan berada di situasi sebenar di atas litar.

Secara keseluruhannya, Toyota dilihat akan mengeluarkan lebih banyak kenderaan mesra alam beremisi sifar, pada masa sama mencipta teknologi bagi menjadikan pemanduan sebagai pengalaman menyeronokkan.

ADRIANA Carissa kini sudah berusia lebih dua bulan.
ADRIANA Carissa kini sudah berusia lebih dua bulan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 November 2019 @ 5:10 AM