PELEPASAN di COE Proton.
PELEPASAN di COE Proton.
Lizam Ridzuan

PROGRAM Pengembaraan 1Tangki Proton yang memasuki edisi kedua diadakan untuk menguji keupayaan jarak perjalanan kenderaan keluaran Proton dengan menggunakan hanya satu tangki petrol.

Lebih 20 peserta terdiri daripada pemilik Proton, media dan selebriti menyertai aktiviti ini dengan memandu Saga, Iriz dan Persona 2019.

Kali ini, penulis berganding dengan rakan sejawat daripada Berita Harian, Alzaharin Alias memandu Persona 2019 menuju ke selatan tanah air meliputi Melaka dan Johor.

Perjalanan dimulakan di Pusat Kecemerlangan Proton (COE) Subang Jaya, selepas taklimat dan pelepasan dilakukan Pengarah Jualan dan Pemasaran Proton, Cheng Seng Fook.

SELEBRITI Shuk dan Fizie Hot FM turut serta.
SELEBRITI Shuk dan Fizie Hot FM turut serta.

Destinasi pertama ke Ayer Keroh, Melaka melalui Lebuhraya Utara Selatan untuk aktiviti pertama iaitu mengopek durian sebagai tugasan yang perlu diselesaikan mengikut ‘check-point’.

Selepas makan tengah hari, kami meneruskan perjalanan ke Telaga Batu Pahat untuk check-point seterusnya dengan purata kelajuan 70 hingga 80 kilometer/sejam (km/j).

Melalui jalan kampung dan bandar selain keadaan trafik sedikit sibuk pada Sabtu membuatkan jangkaan masa tiba sedikit tersasar.

UJIAN meliputi perjalanan lebih 800km.
UJIAN meliputi perjalanan lebih 800km.

Namun, jarak penggunaan minyak kami sekitar 5.6 liter untuk setiap 100km dengan Persona yang dijana enjin 1.6 liter CVT dilengkapi indikasi Mod Eco.

Selesai itu, kami memandu ke Tanjong Piai di Pontian dan seterusnya ke Johor Bahru.

Perjalanan hari pertama selesai dan selepas makan malam, diadakan sedikit perkongsian berkaitan perkembangan terkini Proton dan penerangan berkaitan kelebihan produk ditawarkan.

ANTARA lokasi di Batu Pahat.
ANTARA lokasi di Batu Pahat.

Keesokan harinya, kami memulakan pemanduan hari kedua dari Johor Bahru ke Ayer Keroh untuk kembali mengisi bahan api.

Ketika itu, indikasi bahan api Persona yang kami gunakan masih berbaki empat ‘bar’ dengan catatan baki untuk perjalanan sekitar 180km bagi perjalanan berbaki kira-kira 200km.

Melalui pemanduan berkelajuan sederhana pada sekitar 60 ke 70km/j, kami berjaya sampai ke Ayer Keroh untuk pengisian bahan api dan cabaran tamat di situ.

ANTARA pemenang.
ANTARA pemenang.

Untuk sesi itu, catatan terbaik dicatatkan Persona ialah 5.43 liter untuk setiap 100km, Saga (4.98 liter) dan Iriz (4.94 liter).

Kami kemudian ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Selangor bagi ujian pemanduan dinamik sebelum ke Pusat 3S Proton Setia Gemilang Auto di Shah Alam bagi majlis penyampaian hadiah. #VroomHM.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Oktober 2019 @ 6:30 AM