PERDANA Menteri di pentas Proton. FOTO Asyraf Hamzah
PERDANA Menteri di pentas Proton. FOTO Asyraf Hamzah
Lizam Ridzuan

Tampil dengan tema ‘Mobiliti Untuk Semua’, Pameran Auto Malaysia (Malaysia Autoshow 2019) anjuran Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) yang dianjurkan baru-baru ini, mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung.

Dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, acara berlangsung selama empat hari di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang itu mempamerkan lebih 100 kenderaan baharu diserikan dengan beberapa majlis pelancaran kenderaan.

Selain Perodua dengan Bezza Limited Edition, Proton mempertontonkan model Persona dan Iriz yang bakal dilancarkan secara rasmi bulan ini.

SEKITAR acara Malaysia Autoshow 2019.
SEKITAR acara Malaysia Autoshow 2019.

BMW Malaysia pula melancarkan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) BMW i3s, jentera bebas emisi yang dikuasakan oleh motor elektrik dengan Transmisi Automatik Satu Kelajuan (Single-Speed Automatic Transmission).

Ia boleh menjana kelajuan tertinggi mencecah 160km/j dan dijual pada harga RM279,000.

BMW i3s Kenderaan Elektrik Bateri.
BMW i3s Kenderaan Elektrik Bateri.

Toyota tidak ketinggalan dengan model serba baharu Yaris yang baru sahaja dilancarkan bersama model Vios.

Ruang pameran Honda Malaysia turut meriah dengan model konsep daripada Civic Type R Mugen yang kali pertama dipertontonkan di Asia Tenggara serta CR-V dan Jazz konsep Mugen tampil sporty.

Boon Siew Honda, selaku pengedar motosikal jenama Honda di negara ini, melancarkan dua model serba baharu iaitu CBR650R dan CB650R.

CBR650R sebagai model ‘sports bike’ diinspirasikan daripada model CBR1000RR Fireblade fairing penuh dengan rekaan lebih agresif manakala CB650R model ‘naked’ saiz pertengahan gaya ‘Neo Sports Cafe’.

Untuk pasaran Malaysia, CBR650R (ABS) dijual pada harga RM45,499 dan CB650R (ABS) berharga RM43,499 dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 kilometer, yang mana lebih dahulu.

PENGARAH Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Keiichi Yasuda (dua dari kiri) melancarkan Honda CBR650R dan CB650R pada Malaysia  Autoshow 2019 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang. FOTO Asyraf Hamzah
PENGARAH Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Keiichi Yasuda (dua dari kiri) melancarkan Honda CBR650R dan CB650R pada Malaysia Autoshow 2019 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang. FOTO Asyraf Hamzah

Mazda pula memperlihatkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) tujuh tempat duduk Mazda CX-8 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Nissan melalui Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, mempertontonkan Nissan X-Trail baharu serta tiga varian lain yang dijual pada harga RM133,888 (2.0L 2WD), 2.0L 2WD MID (RM145,888), 2.5L 4WD (RM153,888) dan 2.0L HYBRID pada harga RM159,888 dengan jaminan pengeluar selama 5 tahun dan tanpa had perbatuan.

MAZDA CX-8 dengan tujuh tempat duduk. FOTO Asyraf Hamzah
MAZDA CX-8 dengan tujuh tempat duduk. FOTO Asyraf Hamzah

Antara jenama lain yang mengambil bahagian pada pameran ini ialah Peugeot, Kia, Vespa, Ducati, Volkswagen dan Mitsubishi dengan rangkaian model serta promosi terkini ditawarkan.

Selain acara dalam dewan, kawasan luar juga dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti pandu uji SUV ‘Test Drive Hill’ sejauh tiga kilometer, demonstrasi pemanduan selamat dan drift, demonstrasi menerbangkan dron, kempen trak selamat, Proton Taxi Ride, demonstrasi sistem keselamatan ASA Perodua serta kenderaan pramilik mereka.

MODEL Nissan X-Trail baharu.
MODEL Nissan X-Trail baharu.

Buat julung kali, aktiviti robotik menerusi ‘Robot Combat Competition’ dan ‘Maker’s Corner’ yang dianjurkan oleh Kinabalu Coders, sebuah komuniti berasaskan teknologi dari Sabah, diperkenalkan sebagai penyedia teknologi mobiliti masa hadapan.

Komuniti gaya hidup kereta ubah suai melalui ‘International Automodified’ (IAM) antara yang mengisi ruang Dewan C dalam mewujudkan platform untuk peminat dunia automotif yang berminat dalam bidang pengubahsuaian kenderaan. #vroomHM

KOMUNITI ubah suai kereta.
KOMUNITI ubah suai kereta.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 April 2019 @ 8:03 AM