PADANAN warna hitam.
PADANAN warna hitam.
HM Digital

Bermula tahun baru ini, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan dua warna serta grafik baru untuk motosikal jalanan popularnya, Yamaha R25.

Kini, jentera berkuasa 250cc itu hadir dengan warna biru dan hitam menarik tanpa membabitkan sebarang kos tambahan.

Harga jualan Yamaha R25 termasuk GST kekal RM20,630 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

PADANAN warna biru.
PADANAN warna biru.

Jentera bersesaran 249cc padanan enjin parallel-twin empat injap dengan sistem penyejukan cecair menghasilkan 35.5 kuasa kuda (hp) pada 12,000rpm manakala tork maksimum setinggi 22.6Nm pada 10,000rpm.

Nadi kuasa itu bekerjasama dengan kotak gear enam kelajuan.

Dengan adanya warna baru, peminat motosikal street bike kini memiliki lebih banyak pilihan dengan gaya dan kuasa kekal digemari golongan muda.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Februari 2018 @ 12:01 AM