YAMAHA NVX 155 Edisi MotoGP 2017.
YAMAHA NVX 155 Edisi MotoGP 2017.
Mohd Razlan Salleh


Menyedari warna dan padanan grafik berasaskan jentera lumba MotoGP mampu meningkatkan jualan, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) melancarkan edisi terhad bagi skuter paling popularnya, NVX 155.

Yamaha NVX 155 Edisi MotoGP 2017 didatangkan dengan warna biru dan padanan grafik daripada pasukan Movistar Yamaha.

Padanan warna dan logo rakan penaja pasukan lumba itu yang menghiasi segenap ruang menjadikan NVX 155 tampak lebih eksklusif serta premium.

Skuter moden yang mendapat pengiktirafan kenderaan cekap tenaga (EEV) ini dilengkapi pelbagai ciri menarik antaranya sistem penghidup tanpa kunci (keyless), paparan skrin LCD pelbagai info bersaiz 5.8 inci, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), lampu utama dan belakang menggunakan LED sepenuhnya.

Sementara itu, HLYM turut mengumumkan warna baru bagi skuter terlarisnya, N-Max tanpa sebarang perubahan harga.

Kini, Yamaha N-Max boleh didapati dalam dua warna baru iaitu hitam dan biru dengan harga jualan RM8,812.84 termasuk GST (tanpa insurans).

Model ini dilengkapi enjin empat lejang SOHC silinder tunggal bersesaran 155cc, pertama dalam kelasnya.

Ia mampu menghasilkan kuasa 11.1kW dan tork 14.4Nm bersama padanan transmisi V-Automatik.

WARNA baru skuter Yamaha N-Max
WARNA baru skuter Yamaha N-Max

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 November 2017 @ 1:42 AM