GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Nor Azizah Mokhtar


Kuala Lumpur: Gelombang Omicron di negara ini sudah bermula dan jumlah kes akan meningkat, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun, Khairy berkata gelombang jangkitan virus itu terkawal kerana kadar vaksinasi di negara ini adalah tinggi.

"Sistem kesihatan sudah bersiap siaga. Kes serius semakin kurang. Sama-sama kita mengatasi gelombang ini. Mask (pelitup muka). #TRIIS (uji, lapor, asing, maklum dan cari). Booster (penggalak). #PICKids (vaksin kanak-kanak)," katanya dalam ciapan di Twitter, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membalas ciapan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Hisham Abdullah mengenai jumlah terkini kes positif baharu Covid-19 setakat tengah hari tadi.

Pada hari ini, negara merekodkan 4,744 lagi kes positif baharu Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,844,969 kes.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 January 2022 @ 7:45 PM