NATASYA dan rakan kongsinya menamakan kedai buku bergerak mereka Bright Ink.
NATASYA dan rakan kongsinya menamakan kedai buku bergerak mereka Bright Ink.
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Siapa sangka minat membaca dan mengumpul bahan bacaan sejak kecil mendorong seorang gadis kelahiran Melaka berusia 24 tahun mengusahakan sebuah kedai buku mudah alih di Queenstown, New Zealand pada pertengahan Februari lalu.

Natasya Zambri mengakui ke New Zealand pada 2016 untuk melanjutkan pengajian di University of Auckland dalam jurusan sarjana perdagangan, jurusan perakaunan dan undang-undang komersial pada 2018.

Dia yang turut bekerja di Frankton Library selain pernah bekerja sebagai pegawai penggajian sebuah syarikat swasta berhenti kerja kerana menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian ACCA di Manchester, United Kingdom namun menangguh hasrat kerana pandemik Covid-19.

"Saya mahupun rakan kongsi, Ann Buscemi, 32, wanita kelahiran Amerika Syarikat serta penduduk tetap New Zealand mempunyai minat sama dan kami memilih perniagaan ini kerana minat serta berasakan ia lebih sesuai dengan jiwa masing-masing.

"Saya masih ingat ketika di bangku sekolah, ibu bapa saya akan menghadiahkan buku setiap kali mendapat markah yang baik atau menduduki tempat pertama di kelas.

"Mungkin kanak-kanak lain menginginkan mainan atau alat elektronik, tetapi saya mahukan buku," katanya yang menambah antara buku kegemarannya termasuk oleh Jack Kerouac dan oleh Nina Bouraoui.

PELANGGAN membaca buku di Bright Ink.
PELANGGAN membaca buku di Bright Ink.

Natasya berkata, dia dan rakan kongsi menamakan syarikat berkenaan sebagai Bright Ink kerana menerusi perkataan mereka ingin menyebarkan mesej bahawa setiap orang memiliki sesuatu mesej indah untuk dikongsi kepada dunia serta mengekspresikan diri.

"Perkataan atau dakwat pula dipilih kerana selain menjual buku terpakai yang dicetak dengan dakwat, kami berhasrat untuk menyediakan ruang kreatif kesenian kepada semua peringkat usia," katanya.

Natasya yakin kewujudan kedai buku bergerak amat bermanfaat dalam kalangan penduduk di Queenstown terutama ketika pandemik Covid-19.

Katanya, usaha membina perniagaan itu bermula Ogos tahun lalu dan memutuskan untuk menjalankan kempen selama empat minggu menerusi PledgeMe, akhirnya memperoleh NZ$7,130 (RM21,246).

Katanya, dana daripada kempen itu digunakan bagi membeli pengangkutan Nissan Caravan dan membeli stok buku pertama.

"Pada Ogos 2020, saya dan rakan perniagaan menghadiri dan ketika itu tercetus idea membina perniagaan ini.

"Impian kami menjadi kenyataan pada 20 Februari lalu.

NATASYA bersama rakan kongsinya.
NATASYA bersama rakan kongsinya.

"Namun, kami tetap berdepan cabaran terutama bagi mengurus kerja mengatur buku dan mewujudkan rekaan dalaman kenderaan berkenaan supaya lebih menarik.

"Dalam tempoh singkat, kami memperoleh pelbagai ilmu, sokongan serta nasihat daripada rakan.

"Bright Ink berbeza berbanding kedai buku lain kerana ia turut menyediakan platform untuk mempromosikan karya seni artis tempatan," katanya.

Natasya berkata, dia memilih tajuk secara selektif dalam pelbagai genre buku terpakai untuk dijual.

Katanya, ia termasuk buku fiksyen umum, biografi, bukan fiksyen umum, pengembaraan, jenayah, buku sesuai bagi golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak.

Dia juga bersyukur kerana beberapa kenalan atau penduduk yang teruja dengan perniagaan mereka menyumbangkan bahan bacaan terpakai.

Kini, mereka berjaya mengumpul dan menawarkan 568 buku terpakai untuk dijual.

"Pelanggan kami terbahagi kepada beberapa kategori dengan setiap satunya mencari bahan bacaan berdasarkan minat dan keperluan.

"Pada peringkat permulaan, kami mengunjungi Pasar Remarkables di Queenstown dan pasar lain di daerah Lakes serta kehadiran kami menerima sambutan baik," katanya.

"Selain merancang mewujudkan kedai di bangunan pada masa depan sekiranya ada rezeki saya juga teringin mengembangkan perniagaan ini di Malaysia kelak," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Oktober 2021 @ 8:03 AM